BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

ShoutMix chat widget

Wednesday, December 7, 2011

wordless wednesday (7) : reaksi kucing ada bulu kening ;)

Wednesday, November 16, 2011

Aku cerita, aku punya suka

Assalamualaikum semua. Hehe lamanya tak update blog, mintak maaf sibuk belajar.

Sekarang aku dah sem 4, Pasal result exam, alhamdulillah.. Aku buat yang mana aku mampu yang selebihnya tawakal pada Allah je.

Tak tahulah kenapa aku rasa sem nie macam tak sesyok sem-sem lepas. BOSAN. Lagi beberapa sem lagi nak habis.

Perasaan aku rasa best pun ada nak byebye kolej, mungkin juga aku akan rindu gelagat member2 kolej. Semua tu nanti hanya akan tinggal sejarah dan kenangan. hmmm...

Hari ini aku cuma nak tulis apa yang tersirat dan tersurat hati aku nie *tangan didada mata ke atas*

Selama aku masih hidup nie kan, banyak juga pengalaman dan cerita-cerita perjalanan hidup seseorang. Apa yang cuma aku nak katakan ialah semakin kita menjadi besar atau melalui permatangan fikiran, rasanya makin semput dada dan fikiran menjadi serabut.

Semakin ingin menuju ke alam dewasa, banyak perkara kita terpaksa telan onak & duri. Bila rasa nak bahagia je, sesaat dah berlalu kan..

Manusia, setiap tahun akan ada perubahan pada diri sendiri macam perubahan dari segi perangai dll.

Kadang-kadang tu aku benci pada perubahan yang aku rasa tidak perlu diubah. Lagi dipaksa, lagi perubahan itu ingin dipercepatkan lagi. BENCI.

Sekarang ramai je org tertekan, budak sekolah pun sama.

Menjadi perangai tidak elok, dikata-kata macam, menjadi perangai baik-baik diperlakukan dengan menyakit hati.

Bilalah hari BAHAGIA akan menanti?

Oh! nie bukan kisah cinta.. Ini kisah ingin mencari ketenangan dan kedamaian.

Janganlah salahkan perempuan yang menangis, memang perasaan sensitif ada hikmah disebaliknya.

Berkawan, kau hanya akan rasa macam happy ending masa sama-sama belajar jelah. Habis je, mamposlah tak ambil peduli. Hakikat sebenar, perempuan kalau dah ada boyfriend atau suami, kawan tu just 4 fun utk kau hilang stress dll. FAKTA!


Aku nie jenis terlampau mengharap, tapi last-last aku je rasa celaka kecundang dekat aku.

Masa belajar, bila menjadi rajin tapi suck dalam exam tak taraf kedudukan. Malas ya rabbi, exam excellent jadi kesayangan lecture atau guru-guru.

Oh, biasalah ternd sekarangkan DONT JUGDE ME, DONT JUGDE BOOK BY COVER, BE YOURSELF dan apa-apa jelah tagline taik haramjadah lagi tu. euww..

Tapi tapi tapi, semua tu hanyalah sementara je, sebab bagi semua benda apa yang nak ingat dekat Allah tak?

Alah leklu sap kok lu..

Pergi saloon buat mahal-mahal, barang semua brand2 taik, TAK PANDAI BACA DOA bukan masalah besarlah der!

KEKAYAAN segala-galanya syurga dekat dunia tau. Pandai juga orang yahudi nie dapat mempengaruhi seluruh makhluk manusia dekat muka bumi nie.

Bila kau jadi SKEMA, kau tegurlah orang tu macam mana sekali pun, ada je jawapan tindak balas sains dia nak jawab atau nak bagi jawapan menghentam supaya kau dah tak banyak bunyi.

Ramai je aku jumpa perangai lahanat nie. Tak payah nak jauh-jauh sangatlah, kolej aku tu pun ramai je perangai macam gampang  gebang cilake.

Menguji jugalah keimanan aku nie. Banyak benda yang boleh buat orang yang ditindas seperti budak skema ingin menjadi FUU BADASS.

Biasalah trend sekarang, kalau kau pandai MENGHAJING tahap yang sukar dicapai, lagak hero ayahanda dan juga heroin perempuan,isteri & dot dot dot tak boleh disembunyikan lagi. Percakapan kau mesti level tinggi, agar senang kau ingin buatnya lagi.

Perbualan macam tu dah jadi harian sebati hidup, bila sendiri kena menghajing dengan member kelas dengan gelak tawa kuat sampai kau rasa nak menangis dan merasa hari pembawa malang, baru kau tahukan nikmat dia macam mana. HAHA sumpah padan muka kau!

Yang seorang nie, kau dah bolehlah member dengan kura-kura. Sentiasa LAMBAT BERJALAN dari sem 1 lagi. Semua dah faham benarlah dengan kau.

Bagi alasan macam, padan muka kau, member spoil kan sikap kau tu. hehe.

Pelik betul, fizikal saiz badan pun kau nak ambil kira. Ramai je kata kau nie buat lawak bodoh sampai sekarang lagi masih tak dapat nak memahami. Pandangan aku, kau nie psycho freak bajet fuu badass, puih!

Untuk pengetahuan semua, bila kita dah tetapkan diri kita tak nak menyebuk hal orang, sebaliknya orang akan sentiasa menyibuk hal kita.

Dan percayalah, manusia yang suka menjaga tepi kain orang lain, life dia lagi suck shit dan macam-macam lagi panggilan nak dipanggil.

Umur dah makin lanjut, puasa pun tak reti-reti nak penuh. Sindrome apa kau nie? Budak kecik pun dah pandai puasa penuh, yang kau nie puasa setengahari je.

Hot chick, laki memang sukalah. Cantik tak apa juga. Tapi yang PERASAN tu, adoiyai...

Cukuplah sampai setakat nie je aku nak membebel. Terima kasih kerana membaca

Tuesday, October 11, 2011

kerenah meow yang di sayangi

Monday, October 10, 2011

robot mengesan penipuan

Ayah membeli sbuah robot mengesan penipuan. Kalau ada penipuan robot tu akn 
tampar org tu. Jd,Ayah test robot tu masa mkn mlm:


Ayah: Alim pergi mana mse skolah td?


Alim: Kt skolah lah(pang!!..robot tampar)Ok,Alim gi tengok wayang!


Ayah: Citer ape?


Alim: Harry Potter(robot tampar lagi!)


Alim: Ok,Alim tgk cite 18SX


Ayah: Apa?Masa ayah sebaya Alim, ayah xpnah tau pe itu benda2 lucah smua!(robot tampar ayah)


Mak: Hahahaa! Mmg terbukti Alim tu ank awk!(robot tampar mak)





Wednesday, October 5, 2011

wordless wednesday : patung lilin menghina islam



patung lilin yang direka khas oleh orang YAHUDILAKNAKTULLAH amerika untuk membuat orang islam naik hangin. Astarghfirullahalazim

Sunday, September 11, 2011

mengamuk gara-gara mak deleted acc game. wakaka!

Thursday, August 18, 2011

pelbagai ragam ramadhanku

Assalamualaikum kepada semua orang islam dan selamat sejahtera kepada orang bukan. Syukur alhamdulillah kepada Allah kerana diberi sekali lagi peluang hidup di dunia yang penuh suka & duka.

Alhamdulillah juga kepada orang islam terutama sekali kepada lelaki dapat berpuasa penuh sehingga ke-17 ramadhan (bulan yang penuh nikmat). Untuk yang perempuan pula, mungkin tak dapat penuhkan puasa atas sebab-sebab tertentu. Ehem~

Ok sebenarnya aku cuma nak tulis pasal pengalaman berpuasa dan cabaran di bulan ramadhan nie. Segala apa sahaja yang aku tulis dalam blog nie adalah luahan hati aku dan semestinya idea original dari aku juga.

Ok kita mulakan dengan ceritaku di bulan ramadhan.......




*********************************************************************************


Untuk pertama kali aku berpuasa sewaktu aku berumur 7 tahun. Memang itulah pertama kali ingin mencuba puasa setelah aku berasa segan terhadap jiran aku yang mempunyai adik dan juga muda dari aku telah pandai berpuasa *dia tak puasa  penuh pun, ngeh! 


Alah masa tu pun aku bukan puasa penuh pun, sampai tengah hari je dah nak berbuka. Rasa macam  nak mati, lapar mengalah anak afrika yang ntah makan ntah tidak hidupnya.

Aku pernah mengugut pada ayah aku yang aku mati kalau aku tak makan dan tak minum susu. (masa budak-budak, merungut ntah apa-apa,ngeh!)


Masa aku kecik-kecik dulu memang aku lebih manja dengan ayah aku berbanding dengan mak aku, tapi tu dulu. Sekarang sudah besar panjang, umi aku lebih memahami diriku, ehem~

Tapi aku puasa sebijik macam puasa hindu. Tahu tak puasa hindu macam mana? Kalau kauorang selalu tengok berpuasa tak makan sama macam puasa orang islam tapi berbeza sikit yang diaorang nie boleh minum air. OK SERIUS AGAK PELIK DENGAN PUASA DIAORANG tapi sebagai manusia kita kena menghormati agama lain kan kan kan.

Ok berbalik pada cara aku berpuasa macam orang hindulah. Ok untuk ulangan sekali lagi masa tu aku masa budak kecik lagi yang tidak berfikiran matang, faham ye murid-murid?

Aku cuma minum air. Bukan air kosong tapi air vitagen. yum-yum sedap kot air vitagen tuuuuuu.....

Lepas dah shreeeekkkkk sedut air sampai puas, terus sambung balik berpuasa macam biasa. hehe.

Nak cerita lebih banyak lagi aku pun tak berapa ingat sangat dah.

Ok aku teruskan pada tahun berikutnya pada umur aku lapan tahun. Dan yes alhamdulillah aku puasa penuh, you know!

Aku rasa semua orang tak akan percaya even keluarga aku sendiri, sejak umur aku 8 tahun aku dah boleh berpuasa penuh sehingga sekarang. Tapi dah besar tak dapat puasa penuh sebab dah baligh, ehem~

Permulaan aku berpuasa penuh, serius aku rasa kepala aku dah pening sangat2 + lapar + nak pitam dsbgnya.
Bila masa waktu azan maghrib, aku tak tahulah macam mana rupa aku bila aku dah dapat makan =,='

Selalunya orang akan bercerita masa kecik selalu ponteng puasa, tapi lain pula cerita dari aku dan sumpah aku tak pernah sekali pun nak saja-saja bodoh batalkan puasa aku melainkan masa tu aku sakit macam demam ke atau blablablabla laaa...

And yes aku pun manusia, pernah terniat nak minum air paip dalam bilik air rumah keluarga aku tapi dengan rahmat Allah aku yang aku teringat pesan umi & ayah aku katakan walaupun orang tak nampak kita berpuasa atau tidak tapi Allah nampak.

Pergh macam gerun pula bila tipu pada parent aku dengan Allah sekali *pemikiran budak-budak.


So aku pun rasa tak jadi nak tipu. Sejak dari tu kan, dari hari ke hari aku belajar menjadi orang yang jujur dengan pendirian walaupun banyak juga menipu orang, Tapi setakat tipu bodoh-bodoh tu benda biasalah beb!

masa tu belajar solat terawikh, pergi beli makan & minuman dekat bazaar, tengok ragam-ragam org dekat bazaar dsbgnyalah.



Masa bulan puasa tulah aku dengan abang aku jadi orang bisnes jual mercun. Zaman tu penguatkuasaan terhadap jualan mercun nie tak berapa nak ketat sangat, so tak ada halllah nak jual.

Sambil jual sambil tu main sekali. hehe. Seronok je rasanya zaman budak2 masa bulan ramadhan.

Walaupun fikiran asyik nak main mercun je kerjanya, tapi serius seronoklah.

Bila dah besar panjang nie, seriuslah weh macam-macam DUGAAN!!

Macamlah ye, aku sebenarnya bukan.. Bukan bermaksud nak malukan kaum/bangsa/agama aku sendiri tapi hakikatnya itulah yang terjadi apabila aku melihat dan mendengar.

Tak faham sikap orang Melayu yang hanya berlandaskan ic beragama Islam tapi  perangai kau macam memalukan orang Islam.

Apa kau ingat puasa nie nak bagi orang mati ke? Allah tu maha penyayang. DIA tahulah nak buat terbaik pada hamba-hambanya tapi kau. KAU! puasa ke atau tak puasa ke sama jeeeeeeee!!

Rasanya semua mazhab dalam agama Islam adalah diWAJIDkan berpuasa.

Tapi aku pun satu dol juga sebab aku tak bersuara. Ibarat aku bersubahat kau tak puasa walaupun aku tak lakukan.

Ya Allah! moga kau ampunkanlah segala dosa-dosa umat Islam yang masih lagi jahil dalam agama Islam walaupun dunia dah terlalu banyak kecanggihan.

Dan tolonglah jangan mengangap puasa nie ibarat adat orang Melayu berpuasa. PLEASE ALERT AND TAKE NOTE!

IA ADALAH WAJID!! dan ye aku juga bukan manusia yang sempurna tapi ingatlah bila DUNIA SUDAH KIAMAT, tiada lagi second change Allah nak bagi peluang kau peluang.

Betapa ruginya kalau ini adalah ramadhan terakhir bagi kita. Dan ye siapalah tahu tarihk luput kita mati kan.

Dan tolong kau takut pada Allah walaupun kau orang-yang-berkuasa-banyak-duit-sekali-pun-boleh-rasuah.

Antara raya dan ramadhan, dua-dua aku suka tapi ramadhan juga yang buat aku feeling nak buat baik sesama manusia.

Raya aidilfitri? 1st and 2nd, is best damn hell!! but next....kembali seperti rutin biasa yang mana yang kaki clubbing lahanatullah tu dan blablabla enjoy ur moment untill u die.

Bazir masa je kau hidup macam tu. And thanks sebab bagi syaitan terharu ramai yang akan masuk neraka.

Nak marah aku?! aku peduli hape, kau tak kisah apa yang Allah suruh. Sibuk sangatkan nak kejar dunia, so silakan.

Jangan mati kau salahkan orang sekeliling yang dah elok-elok masuk syurga terpaksa keluar balik, huh!

Malas nak marah-marah.. btw, salam nuzul quran. Kumpullah pahala anda selagi anda mampu sebab bila kita dah meninggal amalan kita sahaja yang membantu kita dalam alam kubur.

Sekian terima kasih

Wednesday, August 10, 2011

wordless wednesday (7)


Monday, August 1, 2011

ragam manusia tentang ramadhan

Assalmualaikum semua dan salam ramadhan musliin dan muslimat. Ehem. Puasa tak harinie? yang laki-laki tak payah nak mengada ye nak ponteng Aku tampar pala hang satgi hilang dai, mau?!  dan perempuan yang period, habis je tempoh tu jgn pula sampai sebulan komain kau cuti tak puasa. Memang satgi dapat penampar sebaik mungkin jugalah.

Serius aku tak berapa berkenan betul dengan rancangan ulangan yang ada dekat astro nie. Nak-nak lagi pakej mustika. Ulangan yang tiada faedah. Tak ada unsur keagamaan langsung. Bulan ramadhan kot. Cerita-cerita macam tu, hari biasa dah terbiasa tayang macam tu.

Nie mula-mula puasa, semangat je semua pergi masjid. Bagus. Tapi tengok dalam 2 minggu ke atas, sedikit demi sedikit ramai tak datang masjid dah sebab asyik fikir nak raya.

Yang betul-betul nak kumpul pahala ramadhan je yang rajin. Serius, benda nie akan ulang-ulang tanpa henti sebab tu dah jadi adat orang melayu beragama islam di Malaysia buat macam tu.

Segala nikmat, rahmat dan keindahan bulan Ramadhan nie setahun sekali. Tapi menu makanan dan minuman yang menjadi sasaran utama. Betapa ruginya dikalangan kita yang lupa akan tiba yang bulan Ramadhan yang datang setahun sekali.



Kebarangkalian juga mungkin merupakan Ramadhan yang terakhir bagi kita. *sedih.
Mungkin ada dikalangan kita seperti member-meber seangkatan kita yang disayang yang sudah tiada. Tapi kita yang masih hidup, masih lagi beruntung dan di beri peluang oleh Allah S.W.T sekali lagi menikmati bulan Ramdhan yang mulia. Diberi peluang untuk bertuabat atas selama 11 bulan dosa-dosa yang menanggung diri kita.

Ketahuilah kita bahawa kita sangat beruntung dilahirkan sebagai seorang muslim/muslimah kerana dapat peluang nikmati bulan Ramadhan.

Terkadang aku bersa hairan kepada sedara sesama islam dimana iman yang terlalu lemah atau terlalu gantung pada nafsu yang busuk, masih lagi alpa melakukan benda-benda ntah apa-apa pada bulan Ramadhan.

Sentiasa kita ingat sampai mati bahwanya agama islam bukan agama yang terlalu mengongkong tapi sebaliknya terdapat keindahan yang tidak boleh dilihat tapi melakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.



Ingatlah kita bahawa hidup yang diberikan hanya sekali tapi mati kekal selamanya. Cukup iman atau tidak, tepuk dada tanyalah iman.

Beringatlah kita akan suatu masa akan datang, janji Allah untuk menghancurkan dunia tetap dilaksanakan cuma bila ianya terjadi, Wallahualam~

Bulan Ramadhan nie jugalah, pintu syurga terbuka luas.

Beringatlah juga kita bahawa melakukan amal ibadah dengan baik bukan semata kerana Ramadhan akan tetapi kerana Allah S.W.T

Dibulan puasa jugalah, kita dapat mendisplinkan diri kita menjadi hati kita suci. Ramadhan juga seperti puzzle, tanpa dapat melengkapkan cantuman puzzle maka akan menjadi kecacatan yang tidak lengkap begitu jugalah pahala ramadhan bagi setiap umat Islam.




Sementara nyawa masih lagi berdegup di jasad diri kita, berkesempatanlah kita memohon doa pada Ilahi agar segala amalan-amalan yang kita lalui semoga diterima dan diredhai Allah.

Bertuah sungguh kita dilahirkan Islam dan sesungguh bertuahnya bila kita terima seikhlas hati kita dan berbangga yang kita adalah Islam dan bukan semata dalam ic sahaja Islam~

Ya Allah Ya Tuhanku, jika ini adalah peluang terakhir ku merasa nikmat Ramadhan Mu, sesungguhnya matikanlah aku orang yang beriman.

Selamat menyambut ramdhan dan terima kasih kerana membaca. :)

Sunday, July 31, 2011

rindu pada atok yg umumkan puasa :)


pengumuman puasa paling sempoi. Asal vc nie dari sitcom movie Lagi-lagi Senario.
Atok yang selalu umumkan puasa dengan raya tu dah pencen, huhu.
Rindu nak dengar suara atok, sebab dari kecil sampai dah besar panjang tak ada muka lain selain atok yang hebat umumkn.

atok sentiasa di rindui


Kepada muslimin dan muslimat, Alin ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Dan semoga di bulan yang mulia ini, banyakkanlah berkat yang kita dapat dari Allah S.W.T :)

Friday, July 29, 2011

dalam 10 cakap 1 nombor

Assalamualaikum semua. Semalam hari khamis 28/7/2011 kan ada perlawanan bola sepak - Malaysia lwn Singapura. Tahu sangat ramai yang kecewa menonggeng. Tak apalah tak ada rezeki nak menang tapi sekurang-kurangnya pemain-pemain bola sepak Malaysia tak ada nak main taktik-taktik kotor lagi najis.

Kita orang Islam, takkan buat macam tu punya. Allah Maha Berkuasa. Apa-apa hal, buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas pun dengan jahat jugalah kan.

Jadi, rasa tekanan sebab permainan semalam, apa kata kita tengok satu video dekat youtube nie. Kelakarlah juga. Apa-apa pun dengar baik-baik lirik lagu dia, konfem sakit perut gelak. Kah! kah! kah!




Mula-mula kalau dengar lagu nie, DAH, MEMANG SERTA MACAM LAGU TAMIL.
Tapikan dengar betul lirik lagu Melayu rupanya hehe.
Masih lagi terngiang-ngiang dekat telinga.^^



Terima Kasih kerana membaca, melihat video dan juga singgah blog aku :)

Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday (6)


signboard arrow yang gila :)

Sunday, July 24, 2011

Pengajar ialah artis kesayangan kita :)

sumber carian google


Assalaualaikum semua. Pernah tak kauorang berangan-anganlah kan masa kauorang sekolah ataupun masa belajar ipt, kauorang nak sangat artis kesayangan kauorang mengajar kauorang? Maksudkan subjek tu kau tak suka tetiba boleh jadi minat tahap gampang gebang sebab artis kesayangan kauorang tu yang mengajar. Kalau tak pun cikgu/ lecture yang kau tak suka tu, kau rasa selayak mungkin ditukarkan pada artis yang kau tergila-gilakan.

Macam budak laki, yang aku tahu nak Lisa Surihani je kan kan kan? hehe. Aku pun admire si Lisa juga *maaf aku bukan lebian, harap maklum.



Huhu tak kisahlah siapa pun artis yang kauorang minat sekali, tentu kauorang suka sangat-sangat kan. Tetiba je mak ayah kau rasa pelik, ntah bila kau dapat hidayah semangat nak belajar padahal sebab artis kesayangan kau tu yang mengajar, tu tetiba jadi menghajing bersemangat kan kan kan.

kau akan jadi menghajing dalam vc nie, wakakaka, auw~


Oh ye tetiba je kan aku cakap pasal benda sebab, aku tengok dekat youtube nie. Artis antarabangsa punya.
Jelas oh aku dengan budak tadika belajar dengan artis. huhu~

Pembelajarannya sangat mudah dan senang diingati. Jom kita belajar dengan mereka, auw~



my sexiest men alive 2008, Hugh Jackman with little cutie Elmo^^


Dalam majalah People telah diberi gelaran iaitu Sexiest Men Alive pada tahun 2008 iaitu Hugh Jackman dengan movie yang buat dia menjadi terkenal iaitu X-men dengan panggilan Wolverine, auw~

Selain ramai juga artis undangan-->

my hot playboy, Jude Law


rasanya kauorang kenal. Berlakon dalam movie Sherlock Holmes. Sebelum cerita tu, aku dah lama kenal dia. huhu~

always have a great voice, Jason Mraz


Sejak kemunculan Bruno Mars, rindu pada Jason. huhu~


funny man, Jack Black


Pandangan ku dia tetap Nacho Libre, haha! xD


yang lain tu pandai2 kaulah cari. Terima kasih kerana membaca

Menangis

Assalamualaikum semua. Selamat hari Ahad / hari hujung minggu *hari pemalas sedunia. Semalam baru je selesai habis mid-term exam. Semalam buka-buka je sambil baca soalan 'WTF'! 


Serius macam lahabau  bengong aku nak menjawabnya. Makin banyak menjawab, makin menyampah pula aku nak tengok paper shit sheet exam. Apa punya soalan duh lecture aku bagi semalam? Boleh berak darah pening kepala aku dibuatnya.


Aku nak bagi tahu nie, aku sekarang tengah meluahkan perasaan aku dalam blog. Jadi, bagi sesiapa yang rasa tak nak baca memang tiada paksaan. Taknak layan pun tak apa. Nie cuma aku nak meluahkan sahaja dan minta maaf kalau blog aku buat kauorang rasa bosan :)


Bosannya, Bosan dan tetap bosan. Oh aku bukan bosan pasal exam, yang aku tulis bosan nie sebab pagi tadi aku baru bergaduh dengan seseorang dalam pukul 4 pagi. hehe. Punyalah hebat aku berdebat macam parlimen politik , nak leraikan bergaduhan akhirnya aku ditewaskan dengan tangisan aku.


Pergh sumpah ****** pagi tadi punya pasal. Aku bergaduh dengan siapa? harap maaf aku taknak bagitahu siapa aku bergaduh.


Macam biasalahkan orang kalau bergaduhkan mesti cakap kuat lagi gampang gebang. Benda kecil, marah aku macam *******. Tekanan juga aku orang buat aku macam tu.


Nak suruh aku tutup mulut, cari point benda lain supaya aku senyap. Kata aku pendendam segala bagai. Yes memang aku PENDENDAM, tapi fikirlah siapa yang buat aku jadi macam tu kalau bukan orang sekeliling yang aku sayang?


Tak tahu perasaan aku, melulu je kau kata aku tak boleh terima apa orang kata. Memang aku nie jenis suka MENJAWAB tapi fikir tak kenapa jadi macam tu?? aku menjawab pun kalau dah benda tu bukan salah aku, aku JAWABLAH!!! kalau salah aku, kan aku diam je. Biar je orang nak marah, sebab aku tahu tu salah aku.


Tapi manusia kan, kesalahan aku, kau nampak banyak yang jahat dari yang baik. Dan terima kasih kerana bagi aku menangis sepuas-puasnya walaupun aku dah cuba tahan banyak kali taknak nangis.


Sumpah aku katakan, aku paling benci nak nangis. Sebab aku rasa aku LOSER. Benci betul aku, sifat sensitif perempuan yang ada pada aku.


Memang kuasa Allah, perempuan memang kuat emo dengan cengeng gampangnya gebangnya. Perit tahu tak hati aku bila banyak sangat airmata keluar. adoiyai...


Bila dah cengeng tu, macam-macam benda buruklah aku fikir yang timpa dekat aku nie. Aku fikir semua sekali, dekat kolej dekat rumah. Macam *******lah weh, sakit otak aku!


Yes memang aku marah pun dengan hidup aku nie, benda buruk aku buat, banyak je point orang nak salahkan aku. BENCI!! alasan kata nasihat, aku bukan bodoh tak reti mana nasihat dan yang mana cari kesalahan! adoiyai....


Dan bila aku buka mulut je untuk tahankan emo aku yang tengah panas berderau nie, kata aku macam budak kecil.


Peliklah aku, kenapa kalau sesuatu benda tu kalau bukan salah aku, aku kena mintak maaf?? kalau salah aku pun aku kena mintak maaf, niekan pula bukan salah aku, pun kena mintak maaf juga.


Aku peduli apa kau tua dari aku ke atau aku lagi tua dari kau ke, buat salah mintak maaflah! nie tak kau buat perangai tahi ntah apa-apa kau tu, aku pula yang kena! apahal duh dengan perangai manusia sekarang nie. Macam banyak makan tahi benda ntah apa-apa dari makan nasi, huh!


Lagi satu siapa suruh kau habis duit beli benda tak faedah tu? sebab benda tu kita nak berkelahi. Serius ************lah, cacat!! eeiiii!!!!


Dan terima kasih semalam sebab dah pujuk aku, ok THANK YOU!


Benda-benda merepek yang aku tulis nie, luahan hati aku. Tak berminat nak baca, aku tak kisah. Dalam blog aku nie, tiada paksaan.


Yang sudi baca dan tinggalkan komen, really appreciate you my love ^_~


Just wanna tell u peeps, I'M HUMAN BEING. Nothing all. Always make mistake. Trying be a best woman and human to all peeps in the world, but i realise im not best person enough. Always make peeps mad with me. When peeps mad to me, all i know just be crying, crying, crying. What a moron my life.... sometimes i'll mad my GODLORD why this thing always happen to me. Sometimes i'll thinking that my PROPHET always have WORST PROBLEM in his life but he can think that all the problems is UJIAN ALLAH untuk mendekatkan lagi diri kita pada Allah. And hell yeah totally agree with him. He's always accepted patch, and now he lives happily ever after with his lovly wives in heaven. but me? alway prays and hopes diterima segala amalan yang aku buat dekat dunia nie, diterima Allah dekat akhirat kelak. :')






Aku nak bagi tahu nie, aku sekarang tengah meluahkan perasaan aku dalam blog. Jadi, bagi sesiapa yang rasa tak nak baca memang tiada paksaan. Taknak layan pun tak apa. Nie cuma aku nak meluahkan sahaja dan minta maaf kalau blog aku buat kauorang rasa bosan :)


Terima kasih kerana membaca

Wednesday, July 20, 2011

wordless wednesday (5)




utk pengetahuan adik-adik semua (kasi nampak muda, hehe) gambar diatas ialah gambar Angah aku dan kucing yg sgt comel^^

ce teka ce teka yang mana satu kucing comel ? hehe. Terima kasih kerana membaca.

Wednesday, July 13, 2011

wordless wednesday (4)

Assalamualaikum..







Monday, July 11, 2011

bernyanyi bersama result :)

Assalamualaikum semua. Hari jumaat tu, kolej aku cuti sebab lecture tak bagi semua bebudak kolej keluar. Haha memang ramailah menyirap bebudak nie nak keluar enjoy2 dengan pakwe/awek/member2 dioarang kan. Cuti pasal apa? hek eleh dah terang-teranglah pasal himpunan BERSIH 2.0 tu.

Fikir punya fikirlahkan, bagus juga tak keluar rumah. Teperap je dalam rumah dengan keluarga. Hah bila masa lagi nak lepak2 dengan keluarga tersayang, betul tak?

Ok topik aku nie bukan nak cakap pasal apa yang terjadi, cuma satu je, sebagai orang yang beragama Islam nie sama-samalah kita bersolat dan berdoa agar rakyat Malaysia mendapat keadilan sama rata dan hidup aman damai sepeti dulu, amin^^



Hari ini blog aku nak cerita biasa-biasa jelah. Pasal karaoke online dekat internet. HEhe. Yelah kan pressure dengan kerja banyak atau apa2 jelah yang buat kauorang pressure, sambil2 rasa penat tu  boleh release pressure kauorang tu dengan berkaraoke. boleh tampar di SINI

Sabtu kelmarin baru dapat result final exam untuk sem 3 pendek. Alhamdulillah result ok, tak ada fail. hehe :P







nie pun tengok dekat online website kolej. Hari sabtu mana boleh keluar pasal himpunan BERSIH tu. huhu.

Sedih tak dapat A, dapat B je. huhu. Takpe lah kan. Usaha tanpa putus asa, mesti boleh je. hehe.


Sekarang nie pun masih lagi dalam sem 3 tapi sem panjang pula. Kalau ditengok dalam result aku, masih tak tahu berapa cGPA aku dapat berapa.

psshhh... meh la tengok satu video baik punya nie. nie link aku bagi kauorang tengok puas-puas lepastu pendapat kauorang dalam video tu, terpulanglah. Pendapat masing-masingkan.

tampar SINI

Bosan dengan blog aku, tahu tak pe :P
Terima kasih kerana membaca.

Thursday, July 7, 2011

Lecture's Day

Assalamualaikum semua. harap kauorang semua sihat walafiat. semoga hari-hari yang kauorang lalui dirahmati Allah.^^

Mula hari isnin lagi aku tak berapa nak sihat. demam + batuk + selesema = sakit.
minggu nie juga tak banyak kelas sebab macam-macam aktiviti.

Oh,ye! semalam (Rabu 6/7/2011) ada hari Lecture's day tapi aku nie kalau ada apa-apa event, memang aku malas nak pergi. Sebab malas nak harap benda yang boleh buat aku enjoy event tu.

Malas nak bagi harapan tinggi sangat sebab masa sekolah dulu, kalau hari guru, BAPAK segala atok belah mak punya ipar sedara (padan muka pening dengan ayat aku, hehe) gila terSANGAP lah bosannya.

Oleh itu, dekat blog nie jelah aku ingin ucapkan taniah kepada pensyarah kesayangan pada bebudak kolej lebih-lebih lagi bebudak kos grafik iaitu ENCIK SYAFIQ. hoyeh! hoyeh!

Taniah sebab dapat gelaran most popular lecture dekat kolej. Sebab apa popular sebab dia nie kepala angin macam bebudak kos aku. lagi-lagi nak kalau ada senior, aku rasa dia dah jadi lebih kearah student bkn lecture, huh!

Maksud aku dia nie mmg supporting (maaf kalau salah eja). Well mula-mula tengok muka dia dekat kolej, jujur hati nie mengatakan, 'pergh hensem doh dia nie'. Tapi tu cuma tarikan pertama je. Benda biasa bila orang mudah tertarik pada luaran dulu kan kan kan.

Dah lama-lama tu,puih! malas nak bebel dalam blog nie.^.^

Aku suka bila dia buat lawak, tapi kadang-kadang tu boleh tahan WAKLU dia juga bila cakap lancang. Lancang tu ibarat terus terang yang boleh menyinggung perasaan org,ada faham tak sayang? (blewwk!)

Kalau bab DSLR, dia memang hebatlah. Kelas dia ngajar juga boleh tahan faham dia nak ajar tapi kadang-kadang aku blur juga dia ajar. Adat menjadi student, biasalah...

Tengok dari fiikal dia nampak macam dah 30 umurnya, tapi masih lagi tahap 20-an keats. Patutlah perangai macam budak-budak. Rasa pelik je tengok dia bila macam budak-budak.

Tapi aku tak kisah, perangai dia. Dia happy dengan perangai dia, oklah tu. huhu.^^

Kadang aku rasa macam dia nie suka malukan orang, benci? Adatlah tu ada perasaan.

Aku nie nak bercerita je ye. Niat bukan-bukan tak ada ye^^

nie hah, semangat mengajar tu^^





hahaha lawak gila DP En.Syafiq. POsing plg comel^^






untuk makluman semua, aku tahu fb lecture aku tapi aku tak add pun. malaslah nak add org. oleh kerana itu juga, tak ramai pun students serta lectures dekat kolej aku tahu aku ada blog. Sebab aku low profile, so aku tak suka semak-samun nak kena samak menyibukkan badan(busybody) nak tahu pasal aku. huh!

Kepada En.Syafiq, harap awak(yg nie serius nak kena penendang ip man) janganlah baca blog saya yang tak best yang sedang bercerita tentang En.Syafiq.

hahaha bajet mcm dia syok kat aku pula kan kan kan. (tahu, tak kelakar pun -,-')

Rasa macam dah panjang je aku tulis blog nie. Dan lagi satu wahai blogger yang dirahmati Allah, kawan aku nie sekarang dia dah tahap terSANGAP bosan bekerja part-time dan sekarang ingin meneruskan belajar tahap diploma.

So bagi sesiapa yang duduk betul-betul dekat area Selangor macam SepangNYOL ke, putrajaya ke, petaling jaya ke, subang ke tolong sangat-sangat bagi tahu boleh tak nama tempat belajar tu-kos ditawarkan-dengan alamat sekali.

Lagi ok kalau tempat tu kos dia tak mahal dan mesti ada kos pendidikan awal kanak2 takpun grafik ke.
Dia taknak belajar dekat tempat aku sebab katanya mahal. Bapak kaulah punya mahal yadui!(gaya-gaya ahcai/johan)

Bajet macam keluarga aku kaya, gila apa kaya kalau aku pinjam ptptn yaduiii~
tolong sangat inform yeyeye. Sabtu nie besday dia. Taniah sebab semakin menjadi-jadi ke alam tua. kah! kah! kah!

ok tu jela. Terima kasih kerana membaca. hehe.




Wednesday, July 6, 2011

wordless wednesday (3)

assalamualaikum..^_^



perhatikan betul-betul ye adik-adik^^



khas yg bajet gebang dekat member ada Blackberry TorchLIGHT..hehe..gurau semata-mata. happy wordless wednesday to beloved bloggers. have a nice day^_^

Saturday, July 2, 2011

i love you TRANSFORMERS

assalamualaikum semua. ohoiiiiiii!! hari nie semua mesti ramai jekan tgk movie TRANSFORMERS. ahri khamis tu aku dah pergi tengok dahhhhh (haha gebang je ayt nie). sebab hari khamis haritu takde kelas, so cepat-cepat jelah aku terus gerak nak tgk movie.

haha best tak terkatalah ceritanya. cuma ayt bhs melayu dlm sarikata cerita TRANSFORMERS nie agk kelakar bila nak baca. mcm lahanat je. wakaka.

akhirnya mampus je megatron tu kena belasah dengan optimus. taknak cerita lebih, baik kauorang pergi tengok sendiri. baru ada feel wehhhh..

bukti sah yg sohih(ayt gebang sekali lagi :D ) beli tiket, wakaka





dpt tak minuman nie masa nak tgk movie. kalau takde pergilah klcc. haha kantoi pula pergi klcc. hehe :P







nie bkn mainan, betul punya maa^^


bumblebee sentiasa di hati. ngee~






ok terima kasih kerana membaca :) blog aku dah bosan kan. maaf bebanyak sgt sibuk sekrang nie. nie semua assignment tak nak lepaskan aku. huahuahua :P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...