BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

ShoutMix chat widget

Friday, February 25, 2011

MERDUnya suaramu

assalamualaikum. aku ada seorang member dekat formspring nie. dia buat video muzik lagu ciptaan dia sendiri. aku dah dengar. merdu je suara dia. tak percaya? aku tak suruh percaya pun. dengar sudah. dia pun kira bdk2 periang dekat formspring. lupa pula nama dia MIZAH ABRAHAM. so dengarkanlah dendangan lagu mizah. terima kasih kerana membaca :)






                 gambar takda. just dengar suara dia nyanyi je ^.^

pengakuan yang MENGEJUTKAN!

tengah bosan2 nie tak tahu nak buat apa, layan youtube sekejap. sambil tu ber formspring dgn bdk2 periang dengan group famili bahulu. tanya tu, tanya nie, tanya sini, tanya sana blablabla. tetiba aku terfikirlah nak tgk video klip azwan ismail. siapa azwan ismail tu?? haaaaa kalau kauorang ingat lagilah kes mamat nie ada masuk surat khabar. tajuk besar memang selamber 'SAYA GAY SAYA OK'. apa sudah jadi dengan umat islam zmn sekarang? mahu jadi zmn jahiliah ke? dah lupa ke kisah nabi lut dan umat2nya? subhanaallah, mudahan sempatlah dia bertaubat sebelum dia berada di liang lahat. kalau nak tahu fasal mamat tu, benda tu dah lepas. rasa2 bnak tahu fasal info mamat tu, pandai2 kauorang lah search ye. sebenarnya aku bukan nak tulis pasal mamat tu tapi ada seorang mamat yang membuat pengakuan berani tentang dirinya. nak tahu apa tak? jeng3!!! pengakuan 'SAYA TAK GAY, SAYA OK'. tajuk dia hampir sama kan. cuma yang nie lebih molek lagilah tajuknya. asyik panggil mamat je mcm tak elokkan. ok ok namanya ismi sharil. apa yang bestnya pasal dia nie eh? haaaa kalau nak tahu, jom sama kita tonton video klip dia :









       EMOSINYA BILA BERCERITA, CHILL SUDAH













disebabkan dia sebaya dgn abgku, makanya aku panggil abg sebagai tanda hormat(bkn menggatal). abg ismi, sejujurnya abg memang tak HENSEM tetapi rupa wajah abg sangatlah MANIS pada pandangan saya. abg ismi, bukan abg seorang je single, ramai lagi yang single2 kat luar termasuklah saya yang single nie. bila tgk abg buat pengakuan hebat, sya pun ingin mengatakan saya tak pernah kapel dengan siapa2 pun sebelum nie. ok je saya rasa. dan abg jgn lupa tak semestinya orang yg berkapel nie akn berkahwin dan tidak semestinya orang yang xde kapel akn membujang terus. setiap manusia ALLAH dah tentukan jodohnya. percayalah jodoh abg pasti akan hadir. terima kasih kerana membaca

Thursday, February 24, 2011

TERSENTAP sementara sahaja

assalamualaikum. hari ni aku bad moodlah. bad mood fasal apa? fasal sesetengah orang dekat formspring.me nie. bagi siapa2 yang xtahu tu, formspring adalah sebuah laman sosial utk bertanyakan soalan2 je tidak kiralah samada serius,hal2 peribadi, hal2 dengan member2, merapu dsbnya. aku jadi sentap nie sebab formspring nie tempat kau orang bertanya macam2 so adalah beberapa orang(bkn semua) yang tak berapa berkenan soalan2 yang aku ajukan. aku tanya pon soalan yang org boleh gelak dengan soalan aku. yelah aku nie suka gurau2 so ada jenis yg serius je mcm xberapa sukalah. so kalau tak suka boleh sahaja anda unfollow saya,senangkan? sebenarnya formspring mmg seronok sebab dlm kenalan formspring tu kalau kauorang banyak ajukan soalan bertubi2 plus soalan 'gila-gila' kauorang boleh jadi geng secara automatik atau senang cerita jadi kamcinglah orang kata. betul! aku tak tipu. dalam formspring nie kebanyakkan kenalan2 yg aku tak kenal tapi aku dah jadi kamcing dengan org2 formspring nie. nie pun dengar desas-desus nak buat group. nama group 'famili bahulu'. mcm sedap je bunyinya kan. rasa nak makan pun ada. ketuanya cik semut(nama sebenar xtahu) dialah yang merancang buat group tu. group tu pun di tubuh utk org yang ada perangai 'gila2' mcm aku nie. orang dah pelawa, aku sertai jelah kan. so nasihat aku pada orang2 yang belum buat formspring atau sudahpun buat kalau kauorang jenis serius, aku sarankan berhenti jelah nawaitu kau. dengan segala hormatnya xada siapa nak kacau kau lagi. tu jelah celoteh aku hari ini. tulis panjang2 sgt nanti bosan. terima kasih kerana membaca.    


MALAYSIA vs. PAKISTAN

syukur alhamdulillah menang juga malaysia lawan bola malam tadi. walaupun aku tak tgk bola tapi rasa bangsa pada MALAYSIA tetap ada. sejak MALAYSIA dapat kalahkan INDONESIA, terharu tak terkatalah. fasal orang indon tak puas hati, tu aku malas nak masuk campur. tapi apa2 pun kita berbanggalah dengan negara kita. aku tak suka bila orang MALAYSIA sendiri kutu negaranya. apa ke banganglah otaknya ye. kata 'ala setakat tu je nak bangga lbh, kecoh lbh2. eh eh biarlah siapa lagi kalau bukan kita sendiri a.k.a rakyat MALAYSIA memuji negara sendiri, ye tak? katanya 'MALAYSIA nie takkan dapat masuknya worldcup,blablabla. haish, setiap manusiakan bermula daripada bawah. rezeki kalau ALLAH nak bagi, siapa2 pon tak boleh halang tau!






sejak MALAYSIA lwn dgn MU hari itu, prestasi pemain2 MALAYSIA sgt hebat. taniah abg2 bola. teruskan usahamu. ahakz!





                                     berbanggalah kita terhadap negara kita, MALAYSIA

kesilapan

assalamualaikum geng. mintak maaf la ye aku punya blog tak berapa kemas sgt. almaklumlah budak baru nak belajor,tak gitu? hehe. aku pun tak berapa faham lagi fasal2 blog nie. ada 2 cerita yang aku tulis tu tulisannya warna coklat, yang terbaru nie pula tulisan warna putih. mcm serabut sikit jugalah. susunan link vid pon tak berapa kemas. takpe2 kalau ada usaha pasti boleh kan kan kan. haa tu jelah. terima kasih kerana membaca :D

hindustan oh hindustan

sejak akhir2 nie aku rindu pula nak tgk cerita hindustan semula. lama kot tak tgk. hindustan betul2 popular era '90 hgga awal 2000. lepas tu, hindustan makin lama ceritanya menjadi makin hampa. dan aku nie memang peminat shahrukh kahn la juga. filem2 hindustan zmn dulu,kira gempak la orang kata. haish rindu pula. cerita hindustan paling diminati ramai tak lain tak bukan ialah :



                                                         

                  LAGU: LADKI BADI ANJANI HAI
                  FILEM : KUCH2 HOTA HAI




                     LAGU: TUJHE DEKHA TO YE JAANA SANAM
                     FILEM: DILWALE DUHANIYA LEJANYENGE




                                 LAGU: BOLI SI SURAT
                                 FILEM: DIL TO PAGAL HAI





                            LAGU: HUMKO HUMISE CHULA RO
                            FILEM: MOHABBATEIN




                          LAGU: BOLE CHUDIYAN
                          FILEM: KABHI KUSHI KABHI GHAM




yang nie jelah yang ramai rkyat malaysia tahu pasal2 cerita sharukh khan nie. aku nak siarkan lagi banyak, banyak pula yang korang tahu nanti. aku sebagai fan SRK nie, bukanlah setakat tahu cerita beliau yang popular kat malaysia yang popular kat tempat dia pun aku tau juga. cuma cerita2 dia yang tak berapa dapat sambutan kat malaysia, bukan reeki SRK. rasa2 korang rindu balik tak tgk cerita hindustan dulu2. kalau tak rindu pon takpe, tiada paksaan. heee. oklah tu je nak cerita. panjang2 nanti boring pula nak bacakan. terima kasih kerana membaca :D
                                                                                                                                                                                                   








so korang bolehlah layan2 sekejap lagu 'best of srk' yang filem dan lagu dia yang korang belum dengar lagi :D

Wednesday, February 23, 2011

bahana KPOP

assalamualiakum, disini aku ingin menceritakan bagaimana kpop nie boleh menjadi popular di seluruh asia termasuk la malaysia. sebenarnya kebangkitan korea nie sejak 2003. ala cerita drama yang terkenal kat tv3 dulu ‘winter sonata’. bagi aku cerita tu biasa je yela masa tu aku masih berminat tgk telenovela. kiranya zmn 2000 byk drama yg hebat2 la kita boleh tgk. ok berbalik fasal korea tadi,time tu jelah korea tgh naik. pastu tetiba je jadi down. aku pon xtaw kenapa. lepas tu start 2008, astro kan ada mengambil beberapa channel2 baru termasuk la channel korea. nama channel tu kbs world. kira masa tu aku tgk byk juga lah drama best2. yang menjadi menarik nya fasal korea ialah band2 korea. gila gempak la aku tgk persembahan diaorang. nielah mula2 sekali aku kenal band kpop nie :


                                        SUPER JUNIOR






                                            BIG BANG






                                        WONDER GIRLS






                                             DAVICHI






gambar2 yang aku tunjuk semua nie, masa aku mula2 minat kpop. kiranya masa 2008, 4 band nie jelah aku rasa irama lagu diaorang banyak best2. tapi sejak 2009 lah kpop mula melonjak gila2. nak kata aku ni fan sgt2 kpop pun taklah just gitu2 je. korea nie bkn sekadar lagu je best tapi drama mereka juga sgt menarik. drama korea byk yang kita boleh jadikan pengajaran dlm hidup kita. kiranya byk sikap positif yang kita boleh lihat drama2 korea. aku nak cerita lebih2 panjang sgt pula. so apa kata cuba lah tgk drama korea bagi yang pertama kali nak tgk tu. lagu kpop nie korang boleh dengar2 kat youtube sambil2 dpat tgk video klipnya sekali. ok la nak tulis panjang2 nanti, bosan pula. terima kasih kerana membaca :D

BUDAK BARU memulakan blog

irst sekali aku ingin menyatakan ini adalah kali pertama aku memasuki mana2 blog. sebelum nie mmg tak pernah. just follow blog org je. aku follow pon blog2 aku rasa best dan byk info je. sebab apa tetiba aku tergerak hati nak buat blog? sebabnya aku rasa kita boleh meluahkan apa perasan kita, apa pendapat kita dan sbgnya tentang diri kita, org2 yg berada di sekeliling kita. kita boleh berkongsi maklumat2, tingkatkan penggunaan bhs melayu dan sbgnya. tu sebab la aku ingat nak juga tulis blog sepertimana org lain yg dah ada blog. lupa pula nak memperkenalkan dirikan. namaku alin. belajar di ipts. siblings 3 org je dan aku seorang je anak perempuan yang lain dua2 laki2 dan aku anak yg bongsu,BEST! ada bela kucing kat rumah tapi berapa ekor aku tak ingat, malas nak kira. janji aku kenal kucing aku, kucing aku kenal aku dan keluarga aku dh kira ok. selalu on9 internet terutama sekali facebook dgn youtube. ada masa terluang baca novel. aku peminat kpop, shahrukh khan, saiful apek n blablabla. tu jelah malas nak cerita lebih pasal aku. terima kasih kerana membaca :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...