BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

ShoutMix chat widget

Monday, August 1, 2011

ragam manusia tentang ramadhan

Assalmualaikum semua dan salam ramadhan musliin dan muslimat. Ehem. Puasa tak harinie? yang laki-laki tak payah nak mengada ye nak ponteng Aku tampar pala hang satgi hilang dai, mau?!  dan perempuan yang period, habis je tempoh tu jgn pula sampai sebulan komain kau cuti tak puasa. Memang satgi dapat penampar sebaik mungkin jugalah.

Serius aku tak berapa berkenan betul dengan rancangan ulangan yang ada dekat astro nie. Nak-nak lagi pakej mustika. Ulangan yang tiada faedah. Tak ada unsur keagamaan langsung. Bulan ramadhan kot. Cerita-cerita macam tu, hari biasa dah terbiasa tayang macam tu.

Nie mula-mula puasa, semangat je semua pergi masjid. Bagus. Tapi tengok dalam 2 minggu ke atas, sedikit demi sedikit ramai tak datang masjid dah sebab asyik fikir nak raya.

Yang betul-betul nak kumpul pahala ramadhan je yang rajin. Serius, benda nie akan ulang-ulang tanpa henti sebab tu dah jadi adat orang melayu beragama islam di Malaysia buat macam tu.

Segala nikmat, rahmat dan keindahan bulan Ramadhan nie setahun sekali. Tapi menu makanan dan minuman yang menjadi sasaran utama. Betapa ruginya dikalangan kita yang lupa akan tiba yang bulan Ramadhan yang datang setahun sekali.



Kebarangkalian juga mungkin merupakan Ramadhan yang terakhir bagi kita. *sedih.
Mungkin ada dikalangan kita seperti member-meber seangkatan kita yang disayang yang sudah tiada. Tapi kita yang masih hidup, masih lagi beruntung dan di beri peluang oleh Allah S.W.T sekali lagi menikmati bulan Ramdhan yang mulia. Diberi peluang untuk bertuabat atas selama 11 bulan dosa-dosa yang menanggung diri kita.

Ketahuilah kita bahawa kita sangat beruntung dilahirkan sebagai seorang muslim/muslimah kerana dapat peluang nikmati bulan Ramadhan.

Terkadang aku bersa hairan kepada sedara sesama islam dimana iman yang terlalu lemah atau terlalu gantung pada nafsu yang busuk, masih lagi alpa melakukan benda-benda ntah apa-apa pada bulan Ramadhan.

Sentiasa kita ingat sampai mati bahwanya agama islam bukan agama yang terlalu mengongkong tapi sebaliknya terdapat keindahan yang tidak boleh dilihat tapi melakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.



Ingatlah kita bahawa hidup yang diberikan hanya sekali tapi mati kekal selamanya. Cukup iman atau tidak, tepuk dada tanyalah iman.

Beringatlah kita akan suatu masa akan datang, janji Allah untuk menghancurkan dunia tetap dilaksanakan cuma bila ianya terjadi, Wallahualam~

Bulan Ramadhan nie jugalah, pintu syurga terbuka luas.

Beringatlah juga kita bahawa melakukan amal ibadah dengan baik bukan semata kerana Ramadhan akan tetapi kerana Allah S.W.T

Dibulan puasa jugalah, kita dapat mendisplinkan diri kita menjadi hati kita suci. Ramadhan juga seperti puzzle, tanpa dapat melengkapkan cantuman puzzle maka akan menjadi kecacatan yang tidak lengkap begitu jugalah pahala ramadhan bagi setiap umat Islam.




Sementara nyawa masih lagi berdegup di jasad diri kita, berkesempatanlah kita memohon doa pada Ilahi agar segala amalan-amalan yang kita lalui semoga diterima dan diredhai Allah.

Bertuah sungguh kita dilahirkan Islam dan sesungguh bertuahnya bila kita terima seikhlas hati kita dan berbangga yang kita adalah Islam dan bukan semata dalam ic sahaja Islam~

Ya Allah Ya Tuhanku, jika ini adalah peluang terakhir ku merasa nikmat Ramadhan Mu, sesungguhnya matikanlah aku orang yang beriman.

Selamat menyambut ramdhan dan terima kasih kerana membaca. :)

11 Orang Kena Tampar:

WuMing said...

Selamat berposa.....

red gitarputeh said...

Salam Ramadhan Almubaraq :)

You Will Get Back What You Give. True Story.
(Ayat aku pedas. Jangan baca kalau mentaliti korang tak kuat)

WuMing said...

Datang lagi hari ni... Saja jer melawat Blog nii

Anonymous said...

Semoga ibadah puasa kita tidak menjadi sia-sia saja.

Solihin Zubir said...

kebanyakan kita menganggap masih ada ramadhan utk kita tahun depan, tu yg jd mcm tu..

cuba semua anggap ini ramadhan yg terakhir..

asnizaziz said...

betul..sesetengah orang jadikan bulan puasa ni seolah-olah macam adat je,berpuasa, g masjid, pastu bulan pose abes, dah tak kenal masjid..itu mentaliti masyarakat kita..last2 yg tinggal kat masjid, cuma tok imam, tok bilal je..kan sedih mcm tu T_T

THE GREEN said...

salam...

selain channel mustika, channel2 lain kat astro pun byk rancangan yg diulang2..kecuali tv1, tv2, tv3 dan seangkatan dgnnya sbb tu mmg yg dtg dr stesen tv.

channel bukan main byk, tp lebih byk tayang yg xde faedah drp yg bermanfaat..

Alin said...

WuMing : terima kasih wahai kwn ku :)
Red : slm ramadhan sedara islamku :)
awan : insyallah~
solihin : mcmna ye nk bantu org2 islam yg masih belum sedar akan nikmat bulan puasa nie? apa yg boleh buat supaya hati dibuka luas tentang kenikmatan bln ramadhan ini.
anisaziz : sy pun rasa sedih juga :(
blade : kita bako je tauke astro nie. hehe. slm ramadhan :)

WuMing said...

Alin... tak habis lagi ker layan Youtube..

Bila nak ad entri baru..

Pengalaman masa kecik di bulan ramadhan ker. Masa berbuka ker, masa makan sahur ker, masa main mercun ker,

:)

Alin said...

hahah! malu ai... alin ada kerja. busy assignment kolej punya pastu ada interview bagi lagi. hehe insyallah ye nnt alin free alin buat entri baru^^ hehe

Haikal Blank said...

wuooh! pengaruh media ni biasalah kan...hburan memanjang.

yeah, gua rasa insaf bila dengar ayat "mungkin ini ramadhan terakhir bagi kita.."

gua tak pernah gunakan sepenuhnya pun..=__='

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...