BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

ShoutMix chat widget

Wednesday, June 29, 2011

wordless wednesday (2)

assalamualaikum...




awww, sweet hihi :P

Sunday, June 26, 2011

Ah Cai vs Mail Lambung

assalamualaikum semuanya. selamat hari ahad. huhu. sedapnya hujan petang-petang nie. nak pergi tengok movie sebenarnya nie. huaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!

kelmarin hari jumaat semua terkejut dengan kemenangan sepah yang menjadi juara Maharajalawak . hehe mati-mati semua ingat Jozan yang menang. hahaha bagi akulah kan, semua yang masuk final tu semua aku suka. semuanya best.

macam LAHANAT lawak diaorang tu. gelak besar juga hari tengok. huhu. aku sebenarnya minat kumpulan Jambu. sedih juga bila lawak jambu dalam minggu 10 & 11 tu tak best. kesian juga dekat diaorang tu.

takpelah dah rezeki dapat no.4, terima dengan hati terbukalah. pada kauorang2 yang tahu mana nak beli baju jambu, informlah dekat aku. nak sangat aku pakai baju diaorang tu. hehe.

pasal Jozan tu, satu malaysia suka dioarang termasuk aku. tak heran sangatlah sebab dioarang dah ada nama.

berita tergempar!!!! tengok gambar dekat bawah nie~~












tak nampak, klik kasi besar PUNYA!









harap-harap betullah Ahmad Idham nak buat movie Ah Cai vs Mail Lambung.  wakakaka tak sabar betul. heheheh. rasa macam nak semput pun ada, haaaaaaa~ apa pun tak boleh.


terima kasih kerana membaca. :)

Friday, June 24, 2011

ermm nak cakap dengan awak?

‎1- erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5
2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8
3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9
4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15
5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k..
6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16
7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18
10- Blom lg la..baca NO 19 ye..
11- da pnt ke? Baca jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)
13- tggal sikit ja lg bce NO 20
14- argh,pnt nih..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6
16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12
17- ades, nk ckp nih..baca NO 7
18- kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..
20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja












hehehe sekadar gurau semata-mata je. ohoi!^^


terimakasih kerana membaca.

Wednesday, June 22, 2011

wordless wednesday (1)



sweet little old lady sweater  and hip guy tattoo



wanna say happy wordless wednesday to all beloved bloggers. enjoy it. thank you :)

Tuesday, June 21, 2011

hahaha

hai assalamualaikum semua. hehe. lama tak update blog. maaflah ye, sibuk sangat dengan assignment bagai tu tak ada masa nak update. hehe.

hari nie aku punya blog, just nak tunjuk beberapa video yang ada dekat youtube. kelakarlah juga. gelak besar jugalah aku tengok. hahaha. dalam vc yang aku tunjuk nie semua superheroes dari jepun. ala semua orang kenal kot cerita cybercop, suria perkasa hitam, gaban dll.

malas nak cerita panjang, tengok jelah vc dekat bawah nie. hahaha. yang mana dah tahu atau dah pernah tengok, sila senyap sudahhhh leee. :)








ok terima kasih kerana membaca. bye :P


Tuesday, June 7, 2011

blablabla

assalamualaikum semua. harap semua sihat sejahtera. hmmm ntahlah kenapalah rasa hati nie jadi kosong. rasa sunyi je rasanya.

bila kita dah makin besar nie barulah kita faham banyak asam garam yang kita lalui dalam hidup. barulah rasa nikmat dan rumitnya bila dah hampir ke alam dewasa. lama tak lama jugalah aku hidup. semuanya terima kasih kepada Allah, masih lagi bagi peluang dekat aku terus berjuang dalam hidup nie.

untung jugalah pada kauorang juga sebab masih hidup lagi sampai sekarang. bagi lagi peluang rasa nikmat sukaduka dengan perangai manusia yang ntah apa-apa. tapi sebab ntah pape tula buatkan manusia unik sekali pandangan Allah.

makin kita dah besar nie, suka ke tak suka ke telan jelah apa-apa musibah timpa dekat diri sendiri. rasa kosong dalam diri, aku tak tahan dan sedar tak sedar mengalir air mata.



rasa macam jauh je dengan semua orang yang aku sayang. aku tengok muka umi(mak) aku, sebaknya rasa dalam hati tetiba. tapi aku nak cakap nie, ntah aku rasa sesuatu perasaan yang sangat bahagia dengan pelukkan umi aku.

ntah fikiran aku sekrang tengah serabut. tapi aku segan nak nangis depan orang sebab bila aku tak tahan, memang tak henti-henti aku nangis.

kuasa Allah tu hebat tak terkata, kosongnya aku rasa hati aku nie. aku payah nak nangis sebab aku tak suka nangis tapikan sebab nangis tu jugalah dapat lepas apa yang terpendam dalam hati nie...

kawan-kawan pun, mungkir janji dengan aku. aku rindu sangat-sangat. janji nak jumpa, mcm2lah alasan kau,puih!

tak kesian dengan aku ke? bosannya balik-balik aku yang kecewa gila babun. harapan nak tinggi sangat. padan muka aku. malaslah nak letak harapan melambung-lambung sangat.


nak sayang sangat2 pun komlpeks sungguh. tak reti nak hargai. sedih tu memang tak payah nak cakaplah. hmm

buka je blog, sajalah nak blogwalking. baca satu entri, rasa baru tersedar bila fahami maksud yang dia nak sampaikan tu. maksud aku, aku kaitkan semua perit2 yang aku rasa tu aku gabung dengan entri yang dia tulis tu.

yang setia ada dekat sisi kita, Allah je.. bila gembira jadi alpa.. perangai manusia nie jugalah Allah tetap suka. tetap juga anggap ia hamba yang paling unik.

sambil nak layan jiwa yang tengah kosong nie, lagu nie jela jadi pilihan -->

hehe. i do love kpop as well but not really korean freak. suka-suka juga, tapi takdelah tahap hantu korea pun. hehe ;P










rasa tenang je lagu dia. hehe tengah on the way tengok cerita nie dekat internet. nak tanya nie cerita Nora Elena tu best ke weh? aku kat sini macamlah dapat tengok cerita Melayu.

semua heboh cakap pasal Nora Elena tu, nak juga tengok juga. hehe. awat nama aaron aziz dalam tu Seth Tan ke memang SETAN?? wakakaka. lawaklah. hehe.

ok tu jela. terima kasih kerana membaca.

Friday, June 3, 2011

genap setahun

assalamualaikum semua. selamat hari jumaat. lelaki2 yang beragama islam tu jgn pula buat2 lupa nak pergi solat jumaat ye. ohoi! boleh tahan gempak juga isu budak yang tak ada dara tapi ada maruah diri. mintak2 sgt semua benda2 tak elok nie dijauhkan.

hehe tak ada apa sebenarnya nak cerita, cuma nak bagitahu sekarang nie dah genap setahun dah belajar dekat kolej. tu je. hehe. tak sangka pula masa cepat berlalu. rasa macam baru je habis spm. rasa2 mcm baru je masuk sem1 nie. hehe.

insyallah kalau diberi panjang umur lagi nie, tahun depan habislah belajar diploma. tu pun kalau tak ada yang terkantoi fail exam ke atau blablabla. hehe. minta dijauhkanlah. hehe.

hari nie punya blog just ringkas2 mcm lepak dekat pantai je. huhu. lamanya tak pergi pantai. dalam otak nie dah boleh bayang dah suasana yang tenang dengan angin pun yang sodap, hehe. puasa pun tak lama dah lagikan kan kan. kepada kaum hawa semua, dah ganti puasa ke belum tu? baik ganti balik ye^^

syoknya nak puasa, boleh jadi baik. penatlah jadi jahat nie kan. ok tu je nak ngomel. hehe. terima kasih kerana membaca.

Thursday, June 2, 2011

macam-macam hal

assalamualaikum semua. pejam celik, pejam celik cpt juga masa berlalu. dan sekarang sudah pun masuk bulan jun. minta maaf sekali lagi pasal tak berblogging sebab tak ada idea nak berblog. kepada budak-budak sekolah selamat bercuti. gunakanlah hari cuti tu dengan melakukan benda-benda yang berfaedah dan bermaanfat pada diri sendiri. tak lupa juga pada budak-budak sekolah yang nak ambil spm dan stpm tahun nie, kalau boleh belajar elok-elok sebab lagi beberapa bulan je kauorang nak hadapi peperiksaan yang menentukan masa depan kauorang.

hari nie aku punya blog, cuma nak cerita pasal kejadian yang terjadi disekeliling kita. hmmm ntahlah aku sekarang rasa makin gerunlah dengan sikap manusia zaman sekarang yang berteknologi canggih nie. berani tanpa batasan. berani tapi ada rasa malu melakukan sesuatu perkara yang keji. berani sebab menjadi kebiasaan. berani sebab tidak boleh menegur sesuatu perkara yang baik pada diri sendiri. kenapa eh?

sedia maklum yang kita tahu, pasal isu bir halal , pelik betul aku tengok kemajuan dekat negara yang aku cintai nie. suka sangat kan biar nafsu tu kuasai diri sendiri. maksud aku, kan agama Islam sudah terang-benderang katakan apa-apa saja yang berkaitan memabukkan adalah haram. pasal gambar yang bangga sangat tunjuk bir halal tu, tahu tak dah heboh sesangat. orang melayu terutamanya, pakai gajet canggih bagai tapi pemikiran masih kolot buat benda-benda yang Allah dah kata dekat akhirat kau kena laknat. laknat Allah tuuuuuu sakitnya memang tak boleh nak kata. kenapa eh nak berbangga ikut gaya ala barat tu? serius negara barat yang penuh dengan yahudi tu, diaoranglah mahkluk paling menyesal bila dekat akhirat. nak ikut join sekali ke dengan diaorang. tolonglah, kita sebagai hamba Allah nie please sesangat takut pada azabNYA. nak sangat tengok Malaysia nie nanti kena conquer macam negara 1 asia tenggara tuuuu? well aku rakyat Malaysia, aku tak suka bila aku tengok semua manusia yang ada dekat Malaysia nie jadi tunggang langgang. kadang-kadang fikir alangkah bagusnya kalau aku dapat memperbetulkan keadaan menjadi baik. huhu.

well pasal isu tu, ramai juga yang membebel, tapi buat jugakan. duniawi sementara je, akhirat selamanya. aku pun manusia yang tak boleh lari buat kesilapan tapi sekurang-kurangnya aku memang takut dan berharap kalau aku mati, moga Allah terima segala amalan aku nie. huhu.

lagi satu kes, pasal satu blogger budak perempuan yang sekarang nie kecoh tulis dekat blog dia katakan dia dah tak ada dara dan dia tak kisah. minta maaflah ye pada pembaca yang baca blog aku nie. aku tak nak bagi link budak perempuan tu pada kauorang sebab aku tak suka dan aku rasa malu sebagai kaum hawa kerana telah menunjukkan bahawa perempuan terlampaulah lemah kekuatan iman, terlampau murah maruah dan blablabla. dan ramai lelaki mengatakan ye sebab sedia maklum yang kita tahu banyak sangatkan kes buang bayi. baik lelaki baik perempuan, zaman sekarang semua bangga sangat nak jadi yahudi. well yahudi dan syaitan pun hanya gelakkan aksi bodoh yang terlampau pada orang islam terutama sekali orang melayu tak ada harga diri. bukan semua tapi kebanyakkan. runsing tahu tak kepala otak aku memikir benda nie. kenapa pula runsing? mmestilah runsing sebab aku takut apa yang akan jadi kalau aku ada anak pada masa depan dan anak aku menjadi lebih teruk lagi berbanding zaman sekarang. dengan sikap manusia yang tak ada perangai manusia.

ingat-ingatlah pada diri sendiri tu, manusia dengan binatangkan berbeza. kenapa suka sangat buat kehidupan sendiri tu tak ada apa-apa makna. aku pun manusia juga tak boleh nak lari dari membuat kesalahan tapi sekurang-kurangnya aku takut dengan azab Allah. selagi aku bernyawa nie, selaagi tulah aku cuba mengawal perasaan nafsu binatang yang ada pada semua manusia. eh! eh! manusia nie binatang ke? maksud aku nafsu luar batasan. faham-faham jelah. sebab tu manusia nie istimewa sebabnya ada dua personaliti dalam diri semua manusia iaitu baik dan jahat.

berbalik pasal blog budak perempuan tu, kenapalah bangga sangat tulis benda-benda mengarut tu dalam blog. terfikirkanlah kalau satu masa tu nanti kau dah kahwin lepastu beranak pinak tetibalah kan anak kau terjumpa blog kau dekat internet mungkin internet masa tu dah terlampau canggihlah katakan, ank kau baca semua benda-benda merepek tu, malu tak rasanya betapa bangang tahap melampau zaman muda-mudi ibunya dulu dalam bahasa komersialnya kantoi ehem-ehem dengan pakwe dulu yang tersangat dicintai.

dari situ nampak macam perempuan zaman sekarang nie desperate menagih cinta yang belum pasti bahagia. macam awek abg aku nie, katanya suruh aku mencari pakwe untuk hilang bosan aku nie. kenapa? loser sangat ke aku nie tak ada pakwe nak melekat dengan aku tapi aku menjaga dara aku dengan baik berbanding dengan orang yang bercouple yang sedia maklum akan terjebak dalam perzinaan laknatullah tu? mana lagi better? sekuarang-kurang aku takut dengan azab Allah. aku takut bila aku buat satu dosa besar tetiba aku mati tak sempat bertaubat? seksalah aku macam tu dalam azab kubur nak tengok berapa lama nak kiamat dunia nie baru boleh lepas azab kubur. lepas azb kubur pun bukan selama-lamanya bebas. dah nak kena kumpul dekat padang mashyar dalam keadaan berbogel lepastu tayang balik dosa-dosa kita dengan dunia bagi semua  orang nampak. malu beb! sumpah malu!!

niekan pula manusia sekarang, serius gerun weh aku tengok. perasaan tu macam dah tak ada. malu tahu pada ank yang kau campak dekat tong sampah bagai tengok kau kena seksaan azab yang tak boleh bayangkan tu sebab akibat kau leka dengan dosa-dosa besar kau buat. aku nak cakap orang, aku sendiri pun takut aku kang yang jadi lagi teruk. tapi memang tugas orang Islam saling tegur menegur utk berbuat baik. tu pun pyh nak faham ke? kan rugi lahir ank haram lepastu bunuh, dioarang secara automatik masuk syurga tapi mak ayah yang buat dia lahir dekat dunia, sia-sia je hidup tapi last kali kena laknat. aku cakap bagi pihak orang islam tak kiralah adik-beradik aku sendiri ataupun saudara sesama islam, sama2 tolong bertaubat sebab bila mati, cerita kau dekat dunia dah tamat tempoh.

tulis panjang berjala konfem lah orang taknak bacakan, tapi sekurang-kurangnya aku dah sampsikan apa yang patut. ckp lbh2 kang kata bajet bagus. bagus tak bagus, yg penting dengan Allah mesti kena patuh.

makcik aku nie sekarang dah jadi hantu korea sebab tak peduli langsung orang yang ada dalam rumah nie nak hangin satu kepala dengan dia. aku komen dekat astro dalam facebook, bagi jawapan bodoh suruh sorokkan remote control. ada yang baik hati suruh lock masukkan pin 0000, try buat mcm iblis je tak jadi-jadi juga. dok tengok ulangan yang tak sudah-sudah mcm dok dekat hospital bahagia. best kan?!

i  do love kpop as well but i do not act like hell korean freak fans just like my hell aunt. everyday 24 hours 7 days just watching damn bloody hell all korean people or all korean, chinese or japanese program variety entertainment. according to me, just saying that my hell aunt do like that sepet people variety entertainment. just guess so. because of my aunt manners, i do start hate this korea. hahaha! tunggang langgang ayt omputeh aku nie. ok ok jadi mencuba kan. hehe. macam-macam hal kan perangai manusia nie. ok terima ksih kerana membaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...