BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

ShoutMix chat widget

Thursday, August 18, 2011

pelbagai ragam ramadhanku

Assalamualaikum kepada semua orang islam dan selamat sejahtera kepada orang bukan. Syukur alhamdulillah kepada Allah kerana diberi sekali lagi peluang hidup di dunia yang penuh suka & duka.

Alhamdulillah juga kepada orang islam terutama sekali kepada lelaki dapat berpuasa penuh sehingga ke-17 ramadhan (bulan yang penuh nikmat). Untuk yang perempuan pula, mungkin tak dapat penuhkan puasa atas sebab-sebab tertentu. Ehem~

Ok sebenarnya aku cuma nak tulis pasal pengalaman berpuasa dan cabaran di bulan ramadhan nie. Segala apa sahaja yang aku tulis dalam blog nie adalah luahan hati aku dan semestinya idea original dari aku juga.

Ok kita mulakan dengan ceritaku di bulan ramadhan.......




*********************************************************************************


Untuk pertama kali aku berpuasa sewaktu aku berumur 7 tahun. Memang itulah pertama kali ingin mencuba puasa setelah aku berasa segan terhadap jiran aku yang mempunyai adik dan juga muda dari aku telah pandai berpuasa *dia tak puasa  penuh pun, ngeh! 


Alah masa tu pun aku bukan puasa penuh pun, sampai tengah hari je dah nak berbuka. Rasa macam  nak mati, lapar mengalah anak afrika yang ntah makan ntah tidak hidupnya.

Aku pernah mengugut pada ayah aku yang aku mati kalau aku tak makan dan tak minum susu. (masa budak-budak, merungut ntah apa-apa,ngeh!)


Masa aku kecik-kecik dulu memang aku lebih manja dengan ayah aku berbanding dengan mak aku, tapi tu dulu. Sekarang sudah besar panjang, umi aku lebih memahami diriku, ehem~

Tapi aku puasa sebijik macam puasa hindu. Tahu tak puasa hindu macam mana? Kalau kauorang selalu tengok berpuasa tak makan sama macam puasa orang islam tapi berbeza sikit yang diaorang nie boleh minum air. OK SERIUS AGAK PELIK DENGAN PUASA DIAORANG tapi sebagai manusia kita kena menghormati agama lain kan kan kan.

Ok berbalik pada cara aku berpuasa macam orang hindulah. Ok untuk ulangan sekali lagi masa tu aku masa budak kecik lagi yang tidak berfikiran matang, faham ye murid-murid?

Aku cuma minum air. Bukan air kosong tapi air vitagen. yum-yum sedap kot air vitagen tuuuuuu.....

Lepas dah shreeeekkkkk sedut air sampai puas, terus sambung balik berpuasa macam biasa. hehe.

Nak cerita lebih banyak lagi aku pun tak berapa ingat sangat dah.

Ok aku teruskan pada tahun berikutnya pada umur aku lapan tahun. Dan yes alhamdulillah aku puasa penuh, you know!

Aku rasa semua orang tak akan percaya even keluarga aku sendiri, sejak umur aku 8 tahun aku dah boleh berpuasa penuh sehingga sekarang. Tapi dah besar tak dapat puasa penuh sebab dah baligh, ehem~

Permulaan aku berpuasa penuh, serius aku rasa kepala aku dah pening sangat2 + lapar + nak pitam dsbgnya.
Bila masa waktu azan maghrib, aku tak tahulah macam mana rupa aku bila aku dah dapat makan =,='

Selalunya orang akan bercerita masa kecik selalu ponteng puasa, tapi lain pula cerita dari aku dan sumpah aku tak pernah sekali pun nak saja-saja bodoh batalkan puasa aku melainkan masa tu aku sakit macam demam ke atau blablablabla laaa...

And yes aku pun manusia, pernah terniat nak minum air paip dalam bilik air rumah keluarga aku tapi dengan rahmat Allah aku yang aku teringat pesan umi & ayah aku katakan walaupun orang tak nampak kita berpuasa atau tidak tapi Allah nampak.

Pergh macam gerun pula bila tipu pada parent aku dengan Allah sekali *pemikiran budak-budak.


So aku pun rasa tak jadi nak tipu. Sejak dari tu kan, dari hari ke hari aku belajar menjadi orang yang jujur dengan pendirian walaupun banyak juga menipu orang, Tapi setakat tipu bodoh-bodoh tu benda biasalah beb!

masa tu belajar solat terawikh, pergi beli makan & minuman dekat bazaar, tengok ragam-ragam org dekat bazaar dsbgnyalah.



Masa bulan puasa tulah aku dengan abang aku jadi orang bisnes jual mercun. Zaman tu penguatkuasaan terhadap jualan mercun nie tak berapa nak ketat sangat, so tak ada halllah nak jual.

Sambil jual sambil tu main sekali. hehe. Seronok je rasanya zaman budak2 masa bulan ramadhan.

Walaupun fikiran asyik nak main mercun je kerjanya, tapi serius seronoklah.

Bila dah besar panjang nie, seriuslah weh macam-macam DUGAAN!!

Macamlah ye, aku sebenarnya bukan.. Bukan bermaksud nak malukan kaum/bangsa/agama aku sendiri tapi hakikatnya itulah yang terjadi apabila aku melihat dan mendengar.

Tak faham sikap orang Melayu yang hanya berlandaskan ic beragama Islam tapi  perangai kau macam memalukan orang Islam.

Apa kau ingat puasa nie nak bagi orang mati ke? Allah tu maha penyayang. DIA tahulah nak buat terbaik pada hamba-hambanya tapi kau. KAU! puasa ke atau tak puasa ke sama jeeeeeeee!!

Rasanya semua mazhab dalam agama Islam adalah diWAJIDkan berpuasa.

Tapi aku pun satu dol juga sebab aku tak bersuara. Ibarat aku bersubahat kau tak puasa walaupun aku tak lakukan.

Ya Allah! moga kau ampunkanlah segala dosa-dosa umat Islam yang masih lagi jahil dalam agama Islam walaupun dunia dah terlalu banyak kecanggihan.

Dan tolonglah jangan mengangap puasa nie ibarat adat orang Melayu berpuasa. PLEASE ALERT AND TAKE NOTE!

IA ADALAH WAJID!! dan ye aku juga bukan manusia yang sempurna tapi ingatlah bila DUNIA SUDAH KIAMAT, tiada lagi second change Allah nak bagi peluang kau peluang.

Betapa ruginya kalau ini adalah ramadhan terakhir bagi kita. Dan ye siapalah tahu tarihk luput kita mati kan.

Dan tolong kau takut pada Allah walaupun kau orang-yang-berkuasa-banyak-duit-sekali-pun-boleh-rasuah.

Antara raya dan ramadhan, dua-dua aku suka tapi ramadhan juga yang buat aku feeling nak buat baik sesama manusia.

Raya aidilfitri? 1st and 2nd, is best damn hell!! but next....kembali seperti rutin biasa yang mana yang kaki clubbing lahanatullah tu dan blablabla enjoy ur moment untill u die.

Bazir masa je kau hidup macam tu. And thanks sebab bagi syaitan terharu ramai yang akan masuk neraka.

Nak marah aku?! aku peduli hape, kau tak kisah apa yang Allah suruh. Sibuk sangatkan nak kejar dunia, so silakan.

Jangan mati kau salahkan orang sekeliling yang dah elok-elok masuk syurga terpaksa keluar balik, huh!

Malas nak marah-marah.. btw, salam nuzul quran. Kumpullah pahala anda selagi anda mampu sebab bila kita dah meninggal amalan kita sahaja yang membantu kita dalam alam kubur.

Sekian terima kasih

Wednesday, August 10, 2011

wordless wednesday (7)


Monday, August 1, 2011

ragam manusia tentang ramadhan

Assalmualaikum semua dan salam ramadhan musliin dan muslimat. Ehem. Puasa tak harinie? yang laki-laki tak payah nak mengada ye nak ponteng Aku tampar pala hang satgi hilang dai, mau?!  dan perempuan yang period, habis je tempoh tu jgn pula sampai sebulan komain kau cuti tak puasa. Memang satgi dapat penampar sebaik mungkin jugalah.

Serius aku tak berapa berkenan betul dengan rancangan ulangan yang ada dekat astro nie. Nak-nak lagi pakej mustika. Ulangan yang tiada faedah. Tak ada unsur keagamaan langsung. Bulan ramadhan kot. Cerita-cerita macam tu, hari biasa dah terbiasa tayang macam tu.

Nie mula-mula puasa, semangat je semua pergi masjid. Bagus. Tapi tengok dalam 2 minggu ke atas, sedikit demi sedikit ramai tak datang masjid dah sebab asyik fikir nak raya.

Yang betul-betul nak kumpul pahala ramadhan je yang rajin. Serius, benda nie akan ulang-ulang tanpa henti sebab tu dah jadi adat orang melayu beragama islam di Malaysia buat macam tu.

Segala nikmat, rahmat dan keindahan bulan Ramadhan nie setahun sekali. Tapi menu makanan dan minuman yang menjadi sasaran utama. Betapa ruginya dikalangan kita yang lupa akan tiba yang bulan Ramadhan yang datang setahun sekali.



Kebarangkalian juga mungkin merupakan Ramadhan yang terakhir bagi kita. *sedih.
Mungkin ada dikalangan kita seperti member-meber seangkatan kita yang disayang yang sudah tiada. Tapi kita yang masih hidup, masih lagi beruntung dan di beri peluang oleh Allah S.W.T sekali lagi menikmati bulan Ramdhan yang mulia. Diberi peluang untuk bertuabat atas selama 11 bulan dosa-dosa yang menanggung diri kita.

Ketahuilah kita bahawa kita sangat beruntung dilahirkan sebagai seorang muslim/muslimah kerana dapat peluang nikmati bulan Ramadhan.

Terkadang aku bersa hairan kepada sedara sesama islam dimana iman yang terlalu lemah atau terlalu gantung pada nafsu yang busuk, masih lagi alpa melakukan benda-benda ntah apa-apa pada bulan Ramadhan.

Sentiasa kita ingat sampai mati bahwanya agama islam bukan agama yang terlalu mengongkong tapi sebaliknya terdapat keindahan yang tidak boleh dilihat tapi melakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.



Ingatlah kita bahawa hidup yang diberikan hanya sekali tapi mati kekal selamanya. Cukup iman atau tidak, tepuk dada tanyalah iman.

Beringatlah kita akan suatu masa akan datang, janji Allah untuk menghancurkan dunia tetap dilaksanakan cuma bila ianya terjadi, Wallahualam~

Bulan Ramadhan nie jugalah, pintu syurga terbuka luas.

Beringatlah juga kita bahawa melakukan amal ibadah dengan baik bukan semata kerana Ramadhan akan tetapi kerana Allah S.W.T

Dibulan puasa jugalah, kita dapat mendisplinkan diri kita menjadi hati kita suci. Ramadhan juga seperti puzzle, tanpa dapat melengkapkan cantuman puzzle maka akan menjadi kecacatan yang tidak lengkap begitu jugalah pahala ramadhan bagi setiap umat Islam.




Sementara nyawa masih lagi berdegup di jasad diri kita, berkesempatanlah kita memohon doa pada Ilahi agar segala amalan-amalan yang kita lalui semoga diterima dan diredhai Allah.

Bertuah sungguh kita dilahirkan Islam dan sesungguh bertuahnya bila kita terima seikhlas hati kita dan berbangga yang kita adalah Islam dan bukan semata dalam ic sahaja Islam~

Ya Allah Ya Tuhanku, jika ini adalah peluang terakhir ku merasa nikmat Ramadhan Mu, sesungguhnya matikanlah aku orang yang beriman.

Selamat menyambut ramdhan dan terima kasih kerana membaca. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...