BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

ShoutMix chat widget

Monday, May 9, 2011

pelik atau kelakar

assalamualaikum semua. semalam semua blogger asyik sibuk menulis blog diaorang pasal menyambut hari ibu. ada tu aku blogwalking yg mengatakan bahawa menyambut hari ibu tu adalah HARAM, ada juga yang mengatakan sebaliknya. huhu. aku sendiri pun agak keliru yang mana betul dan yang mana salahnya. jadi bila semua sibuk tulis pasal menyambut hari ibu, makanya aku pun malaslah nak tulis kat blog aku pasal menyambut hari ibu ni. janji aku dah telefon umi dan wish pun sudah ok kan?

hari ini blog aku bukan aku nak bebel-bebel pasal isu menyambut hari ibu, tapi adalah saja-saja nak meluangkan masa menulis blog dan berkongsi cerita dengan para blogger-blogger yang dirahmati Allah, para pembaca yang dirahmati Allah. seperti biasa aku akan meluangkan masa menonton video-video di youtube (macam dah ketagih pun ada). video nie aku tgk PELBAGAI RAGAM (macam nama blog aku kan) aksi manusia yang aku rasa boleh masuk genius worl record. antaranya adalah, jeng! jeng! jeng! -->

sekarang 180 dia dah boleh buat, buat latihan lagi ke 360 pula ye abang ^_^


uish masa mula-mula tgk video nie rasa macam nak sawan tuutttttt je rasanya. HAHA! tak boleh blah betul dia pusing kepala. mahkluk asing ke apa kau nie hah?! HAHA! paling risau masa tengah pusing kepala terus tak boleh nak betulkan balik, macam manalah agaknyakan. semua mest lari ingatkan nampak hantu kepala terbalik kan kan kan. HAHA! sabar jelah tgk video nie. huhu

video yang ini pula pasal lelaki ni boleh buat macam-macam mimik muka dia. hoho. macam terkejut je tgk video dia nie -->

harap semua takde sakit jantunglah tgk video nie. HAHA! :D

hahaha macam-macamlah diaorang nie buat aksi. dua nie jelah video yg aku tunjuk. selebihnya tu pandai2lah cari dekat youtube tu sendiri. boleh kan? minta maaf ye kalau blog aku jadi kurang menarik bagi kauorang nak membacanya. aku masih lagi dalam proses budak baru belajar. harap terhibur dengan video yang aku bagi nie. terima kasih kerana membaca.

agak-agak pengsan tak kalau kauorang tgk mcm nie? hihi.

Thursday, May 5, 2011

hati yang terguris

assalamualaikum semua. sekejapnya masa berlalukan? aku pun lagi berapa hari lagi je nak final exam. tu yang tak ada masa nak update blog sangat. banyak kerja nak buat. maaflah kepada semua pembaca. hari ini aku cuma nak meluahkan perasaan aku je dalam blog nie. takpe kan?

sebenarnya aku sedang berkecil hati terhadap beberapa manusia nie. tapi taknaklah aibkan nama dia. tak baik walaupun aku agak banyak terkilan dengan beberapa orang nie. aku terkilan nie takde kena mengena dengan blogger-blogger yang lain. aku cuma terkilan beberapa orang budak kelas aku di kolej. huhu.


nak merajuk macam Lee Teuk (Super Junior) juga

pertama sekali, aku memang seorang yang tidak banyak cakap atau boleh dikatakan pendiam (kat tepi profile tu pun dah bagi 'keyword' siapa aku, hihi) tapi aku akan banyak cakap dengan orang yang betul-betul rapat dengan au sahaja. memang aku cakap tanpa hentilah. rasanya orang India pun kalah dengan aku kot. (agaknyalah).

masalahnya sekarang nie menjadi seorang yang pendiam nie, kebanyakkan pengalaman yang tak berapa best dalam hidup aku nie memang orang suka jauhkan diri ke weh? macam semalam, subjek pengajian malaysia kat tempat aku belajar nie ada buat program explorace di Memorial Tunku Abdul Rahman, KL. explorace tu adalah untuk pemarkahan projek final exam kalau tak silap aku. jadi bermakna kepada sesiapa yang mengambil subjek pengajian malaysia nie wajib pergi untuk mendapat markah.

masa tengah berkumpul nak pilih group mana yang kita nak masuk, adalah kawan aku seorang nie dia hanya panggil kawan-kawan aku yang lain-lain je. yang aku nie dia buat tak endah je. serius memang aku rasa 'makan dalam' bila dia buat aku macamtu. kenapalah setiap kali bila orang yang aku jumpa mesti buat aku macam nie? kang kalau aku balas dendam, cepat je balas aku dapat. lagi satu teringat kat umi ayah kata tak baik kita memusuhi orang. ye betullah tu, kadang-kadang mungkin Allah nak bagi ujian terhadap hambanya. tapi kadang-kadang tu juga ujian Allah nie membuat aku rasa macam tiada kekuatan nak tempuhi.




lagi satu hal, salah ke kalau kita seorang pendiam tidak boleh langsung menegur seseorang itu walaupun aku ckp dengan baik tidak tengking-tengking, mencaci dsbgnya? salah ke? sebab aku tak dapat nak luahkan perasaan aku terhadap beberapa manusia nie, jadi dengan sekadar menulis sahajalah aku dapat luahkan. tapi walaumacamana sekali pun aku tetap jaga cara penyampaian penulisan blog aku nie. yelah blog nie kan ibarat diari umum yang boleh orang lain baca tanpa privasi. minta maaf sekali lagi, untuk blog kali aku teringin nak luahkan perasaan yang aku pendam dalam hati nie. yelah kan manusia nie kan kalau kita meluahkan pendapat kita je mesti ada yang melatah ntah apa-apa kan. ada tu orang tak habis cakap lagi, dah potong orang cakap. tak sempat kita nak luahkan perasaaan kita. jadinya hasrat nak luahkan terpaksa dipendamkan. huhu.

ye dan memang aku tahu kebanyakkan hampir semua perempuan memang suka meluahkan perasaannya kepada semua orang. aku pun takleh nak kata apa kenapa perempuan mesti suka luahkan perasaan. yang aku tahu aku boleh jawab lumrah sahaja ye. hihi. mesti kauorang cakap kenapalah aku tak cakap terus terang je? nak cakap macamana kalau bila aku mula nak bercakap, takde siap yang nak dengar. aku rasa macam cakap dengar spender diaorang je.


Shindong, Eunhyuk & Kangin lawak betul muka diaorang nie. haha!

kadang-kadang tu rasa sededih pun ada juga tapi siapalah aku untuk menangis. tak ada siapa nak kisah kan. minta maaf sekali lagi ye. cara penulisan aku dengan perasaan aku yang tengah kecil hati nie, rasa macam tak berapa elok nak ceritakan. tapi aku dah tak tahan jadi blog nie jelah tempat aku nak luahkan perasaan aku nie. ok tu sahaja nak cerita. aku tahu kauorang baca pun mesti dah bosan kan. oklah terima kasih kerana membaca. 


Tuesday, April 26, 2011

SMALLVILLE season 10

assalamualaikum semua. harap semuanya sihat. aku nak cerita pasal smallville season 10 yg masih ditayangkan lagi di Amerika. sebelum nie aku ada cerita pasal mengenai smalville season 9. bagi yang belum tahu tu kauorang boleh cari dalm blog aku nie SMALLViLLE season 9 untuk pengetahuan kauorg semua cerita smallville ini ada season yang terakhir. nak tunggu tv3 tayang mmg macam haramlah. nak tak nak je tayang tu yang ramai dah tak ikut perkembangan.

tapikan season kali nie memang gempaklah ceritanya walaupun aku hanya tengok previewnya sahaja. aku malas nak cerita panjang2, jadinya aku tunjukkanlah videonya. video nie hanya preview sahaja ye. nak tahu selanjutnya pasal smallville nie kenalah tunggu dah keluar dvdnya dekat Malaysia, bolehlah beli bagi yang betul-betul kipas susah mati. hehe.









                  season 10 yg tebaru dan yang terakhir di smallville

                                                         lois lane


                         oliver queen a.k.a green arrow (hensemnya!)


huhu sedihnya lah tak sangka nak habis. cerita nie mula-mula siar dekat tv3 masatu kalau tak silap akulah tahun 2003. aku tu pun masatu baru 11 tahun. gila lama jugalah cerita nie ye. mintak maaf banyak-banyaklah ye kalau ada tersalah silap ada blog aku. huhu. aku masih budak baru belajar.ok tu je nak kongsi cerita. terima kasih kerana membaca.

Friday, April 15, 2011

kenangan iklan sunsilk

assalamualaikum semua. selamat hari jumaat. bersyukur kita ke atas Ilahi kpd Allah SWT yg tlh memberi kita hidup dari dulu sampailah sekarang nie. ok kpd kaum adam, jgnlah kauorg buat2 lupa hari ini kauorg kena pergi solat jumaat tau! ok sekarang nie aku nak cerita sikit pasal iklan sunsilk satu ketika dahulu yg sgt popular (tak tahu pulak kauorang popular ke tak).




sajalah aku nak dok usha-usha dlm Youtube, nk tgk ada apa-apa yg menarik. sekali tu tetiba je aku teringat pula pasal iklan sunsilk sbb masa kat formspring aku bagi link lagu solehah kt member aku dlm formspring nie. tu yg teringat nak tgk budak perempuan dlm iklan sunsilk tu. (sebenarnya aku nak tgk pelakun iklan lelaki yg mcm muka omputeh tu, ngeh ngeh ngeh). agak-agak kauorg yg dah lupa tu, aku ok je nak kasi link nak bagi kauorg tgk. nie videonya--->








ah ingat tak? ingat tak? haha ok sekarang nie aku nak tunjuk satu video iklan sunsilk nie juga tapi versi lawak punya. video nie buat aku gelak terbahak-bahak dengan abang aku (bukan kekasih, mmg abang kandung). kalau kauorg tak tergelak tu, aku takleh nak buat apalah. video nie memang hasil nukilan sendiri budak2 UITM melaka. sakit perut aku gelak tgk video dorg nie.








video dorg nie tak adalah mengutuk keji ke apa tau, cuma hiburan semata-mata je. konsepnya semua sama je cuma yang lainnya pelakon2nya sahaja. hahah, aku boleh bagi 5 bintanglah lawak sketsa dorg nie. hahah. nie videonya--->






lawak tak? lawak tak? hahah. terima kasihlah pada dorg nie krn tlh membuat aku tergelak tebahak2 dgn abg aku masa pepagi buta nie. hahah, ok tu je aku nak cerita. terima kasih kerana membaca.

Thursday, April 14, 2011

Lady Gaga terjatuh di atas pentas




assalamualaikum semua. ada video baik punya nie! penyanyi barat yang terkenal dengan fesyen peliknya dan juga penganut illuminati iaitu lady gaga nie telah membuat persembahan paling hawau dlm hidupnya.

haha nak tahu sebab apa? tgh syok2 buat persembahan syaitan dia tu tetiba boleh terjatuh dan terhentak dekat piano. hahah lawak gilalah! dahlah tgk buat persembahan secara langsung, boleh pula dia tidur bawah piano. haha!

lawaklah muka jim carey


padan muka yahudi mabuk nie. tulah ada hati nak sesat ajrn lahanat dia, sekarang rasalah kau jatuh menonggeng depan peminat kau tu. haha! nasiblah nyawa pjg. kalau masatu jatuh lepastu mati, lagi sia-sia je hidup jadi kapir. haha nie videonya--->





hahha lawak tak lawak? haha ok tu jelah nak kongsi cerita dengan kauorg. apa-apa pun nak ucap terima kasihlah kepada sesiapa yg sudi melawat blog aku dan menulis komen di blog aku. mmglah aku tak paksa siapa-siapa pun tapi aku berasa amat berbesar hati sekiranya kauorg yg sedang membaca blog aku nie sudi meluangkan masa membaca serta tidak lupa juga menulis komen di blog aku. aku tahulah blog aku nie tak sehebat seperti blog hanis zalika, ben ashaari, intan liyana, tubelawak dan lain-lain lagi tapi kerana kauorg yg sdg membaca nielah aku mengharapkan sokongan dari kauorg utk aku meneruskan menulis di blog aku. ok terima kasih kerana membaca.

Thursday, April 7, 2011

video blogging yg menghiburkan

assalamualikum, hye hye!! maaflah dlm beberapa hari ni aku tak update blog sbb sibuk belajar, nak buat assignment + presentation lagi dan blablabla. bila aku ada masa je baru update blog. dan lagi satu hal pula kekdg tu takde idea nak cerita apa. ahakz!


ok ok aku nak cerita pasal satu video yg buat aku tertarik pada video beliau. dia nie popular dekat youtube. boleh tahanlah kelakar. rasanya ramai yang dah tahu kot. video dia yg plg popular ialah video SELAMAT HARI IBU. aku tgk banyak kali video tu, masih gelak lagi walaupun dah banyak kali tgk. ah ah lupa nak bagitahu nama dia siapa. nama dia  Maluthfi90.nie videonya-->




        loghat utara hang mmg bagus, suka dgr hang loghat. haha!


adalah seseorg tulis komen dekat video dia (youtube mmg boleh tulis komen pun) yang muka dia mcm Lee Eunhyuk iaitu boyband kpop Super Junior. sesiapa yg tak kenal tu, biar aku tunjuk muka artis korea tersebut
--->

                                           Lee Eunhyuk


sama tak muka mereka berdua? manusia ada 7 muka yg hampir serupa. wakakaka. pasal video tersebut sebenarnya dari tahun lepas dah popular si Luthfi tu, baru sekarang aku nak bagitahu kepada yg belum tahu. huhu. yela masatu belum buat lagi blog. banyak lagi video2 dia yg kelakar. video seperti luthfi tu di panggil Video Blogging atau singkatannya Vlog. rasanya ramai dah tahu kot benda alah yang aku ckpkan nie. vlog yg plg popular iaitu Anwar Hadi. kauorg bolehlah search sendiri dekat youtube, boleh kan? ok tu je nak cerita. panjang2 sgt nanti bosan pula kauorg nak membaca. terima kasih kerana membaca.

Friday, April 1, 2011

kuasa keajaiban Allah




assalamualaikum semua. bagi kaum adam jgn buat2 lupa pula pergi solat jumaat. kan wajib tu. oklah nak cerita sedikit dekat kauorg pasal satu benda nie. sebenarnya aku tahu pun dari budak kelas aku. sebenarnya dalam kelas semalam pensyarah aku sibuk2lah tanya pasal nak buat apa2 aktiviti pada semester pendek nie, jadi masing2 cadanglah nak buat perkhemahan la, tulah, nielah, dan blablabla. lepastu cerita pasal lawatan sem lepas. syok jelah aku dengar bdk2 kelas aku cerita2 kelakar tetiba tu ada seorg budak kelas aku ckplah ada satu benda pelik yg dia tgk dekat Youtube pasal ADA SUNGAI DI DALAM LAUT.




kuasa Allah memang tiada tandingnya. apa yg dicipta dan dilakukan oleh Allah tiada apa yg pelik. manusia zaman sekarang lagi terlalu pelik kita melihatnya. Nauzubillah. video nie diambil didlm laut Mexico. dari apa yang boleh kita saksikan dalam video nie adalah untuk membuktikan kewujudan bahawa Allah itu wujud, apa yang tertulis didlm al-Quran dan Hadis adalah benar yang dinyatakan. pengaran disini yang boleh kita kongsikan ialah ingin org2 Kafir mengakui kebesaran, kehebatan dan kekuasaan Allah bahawa tiada apa yang mustahil sekiranya semua benda2 pelik datang dari kekuasaanNYA.


rasanya ramai je yg dh tahu banyak kejadian2 pelik yg berlaku di Eropah tetapi telah dihalang dan ditutup oleh yahudi2 lahanat untuk menutupi buktinya kewujudan kekuasaan Allah itu benar. jadi wahai org2 kafir, sedarlah kamu bahawa apa yang tercipta dan dicipta dari kamu, haiwan dan juga seluruh alam adalah kekuasaan Allah. tiada apa yang bohong atau mengarut dalam agama Islam. beringatlah kita pada setiap manusia bahawa nyawa yg ada pada kita bukannya selamanya hanya sementara yang kita pinjam dari Allah. bertaubatlah kita kpd Allah sebelum kita sesal dalam akhirat. wallahualam. sekian disini sahaja cerita yang ingin dikongsi bersama kauorg yang sentiasa dirahmati Allah. terima kasih kerana membaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...