BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

ShoutMix chat widget

Thursday, May 5, 2011

hati yang terguris

assalamualaikum semua. sekejapnya masa berlalukan? aku pun lagi berapa hari lagi je nak final exam. tu yang tak ada masa nak update blog sangat. banyak kerja nak buat. maaflah kepada semua pembaca. hari ini aku cuma nak meluahkan perasaan aku je dalam blog nie. takpe kan?

sebenarnya aku sedang berkecil hati terhadap beberapa manusia nie. tapi taknaklah aibkan nama dia. tak baik walaupun aku agak banyak terkilan dengan beberapa orang nie. aku terkilan nie takde kena mengena dengan blogger-blogger yang lain. aku cuma terkilan beberapa orang budak kelas aku di kolej. huhu.


nak merajuk macam Lee Teuk (Super Junior) juga

pertama sekali, aku memang seorang yang tidak banyak cakap atau boleh dikatakan pendiam (kat tepi profile tu pun dah bagi 'keyword' siapa aku, hihi) tapi aku akan banyak cakap dengan orang yang betul-betul rapat dengan au sahaja. memang aku cakap tanpa hentilah. rasanya orang India pun kalah dengan aku kot. (agaknyalah).

masalahnya sekarang nie menjadi seorang yang pendiam nie, kebanyakkan pengalaman yang tak berapa best dalam hidup aku nie memang orang suka jauhkan diri ke weh? macam semalam, subjek pengajian malaysia kat tempat aku belajar nie ada buat program explorace di Memorial Tunku Abdul Rahman, KL. explorace tu adalah untuk pemarkahan projek final exam kalau tak silap aku. jadi bermakna kepada sesiapa yang mengambil subjek pengajian malaysia nie wajib pergi untuk mendapat markah.

masa tengah berkumpul nak pilih group mana yang kita nak masuk, adalah kawan aku seorang nie dia hanya panggil kawan-kawan aku yang lain-lain je. yang aku nie dia buat tak endah je. serius memang aku rasa 'makan dalam' bila dia buat aku macamtu. kenapalah setiap kali bila orang yang aku jumpa mesti buat aku macam nie? kang kalau aku balas dendam, cepat je balas aku dapat. lagi satu teringat kat umi ayah kata tak baik kita memusuhi orang. ye betullah tu, kadang-kadang mungkin Allah nak bagi ujian terhadap hambanya. tapi kadang-kadang tu juga ujian Allah nie membuat aku rasa macam tiada kekuatan nak tempuhi.




lagi satu hal, salah ke kalau kita seorang pendiam tidak boleh langsung menegur seseorang itu walaupun aku ckp dengan baik tidak tengking-tengking, mencaci dsbgnya? salah ke? sebab aku tak dapat nak luahkan perasaan aku terhadap beberapa manusia nie, jadi dengan sekadar menulis sahajalah aku dapat luahkan. tapi walaumacamana sekali pun aku tetap jaga cara penyampaian penulisan blog aku nie. yelah blog nie kan ibarat diari umum yang boleh orang lain baca tanpa privasi. minta maaf sekali lagi, untuk blog kali aku teringin nak luahkan perasaan yang aku pendam dalam hati nie. yelah kan manusia nie kan kalau kita meluahkan pendapat kita je mesti ada yang melatah ntah apa-apa kan. ada tu orang tak habis cakap lagi, dah potong orang cakap. tak sempat kita nak luahkan perasaaan kita. jadinya hasrat nak luahkan terpaksa dipendamkan. huhu.

ye dan memang aku tahu kebanyakkan hampir semua perempuan memang suka meluahkan perasaannya kepada semua orang. aku pun takleh nak kata apa kenapa perempuan mesti suka luahkan perasaan. yang aku tahu aku boleh jawab lumrah sahaja ye. hihi. mesti kauorang cakap kenapalah aku tak cakap terus terang je? nak cakap macamana kalau bila aku mula nak bercakap, takde siap yang nak dengar. aku rasa macam cakap dengar spender diaorang je.


Shindong, Eunhyuk & Kangin lawak betul muka diaorang nie. haha!

kadang-kadang tu rasa sededih pun ada juga tapi siapalah aku untuk menangis. tak ada siapa nak kisah kan. minta maaf sekali lagi ye. cara penulisan aku dengan perasaan aku yang tengah kecil hati nie, rasa macam tak berapa elok nak ceritakan. tapi aku dah tak tahan jadi blog nie jelah tempat aku nak luahkan perasaan aku nie. ok tu sahaja nak cerita. aku tahu kauorang baca pun mesti dah bosan kan. oklah terima kasih kerana membaca. 


14 Orang Kena Tampar:

silent said...

manusia...memang begitu

Alin said...

:'(

fadh leyanie said...

tak bosan pun baca entri ni..:)kawan lupa kawan,,tak patut

Anonymous said...

:-( Tak mengapalah sis, sabar saja. Grup lain tiadakah yang nak panggil sis join grup mereka? Sudah ragam manusia, senang saja nak memberikan pandangan negatif kepada diri kita walaupun kita tak buat salah. Kalau kita terus berdiam diri, dikatanya kita sombong. Kalau kita kuat bercakap, dikatanya kita ni mulut murai.

Aimiey Azizan said...

Nape sedih2 bagai neh adek crab..saba taww..Bese laa org2 pendiam cam kite mmg salo kene cenggituh~

Alin said...

fadh : terima kasih sudi membaca.

Alin said...

awan : terkilan sgt sbnrnye :'(

Alin said...

akk patrick : kenapa mesti bat mcmtu kalau dgn org pendiam eh? hanya mampu nangis dlm hati jela :(

Budak Botak said...

sabar2...

Entry terbaru -> Keputusan Terkini Undian Maharaja Lawak Minggu 6... (",)

Alin said...

sbb sbrla jd mkn hati dgn org :(

Ayie said...

sabar sis.. manusia.. *kalau tak tahan, sound berdepan je.. setel.. hahaha.. *gelak evil

Alin said...

always blogwalking. hv a nice day :D

Haikal Blank said...

aku rasa aku ada komen kat sini malam tadi. tak masukla lak. broadband yang lembab membataskan keinginanku akhirnya. HAHA

ala, rilek2..jgn emo2 bagai..normal la tuh. Aku pun bukan ramai sangat kawan. yang suka gayaku ada. Yang benci lagila ramai. tak faham aku adat dunia nih.padahal tak de pun bising2 macam dia, dia dan dia.

LANTAK P LAA....mai minum kopi meh. stop 'emosirasa' nih. haha

:D

Alin said...

huhu sgt memahami :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...