BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

ShoutMix chat widget

Tuesday, June 7, 2011

blablabla

assalamualaikum semua. harap semua sihat sejahtera. hmmm ntahlah kenapalah rasa hati nie jadi kosong. rasa sunyi je rasanya.

bila kita dah makin besar nie barulah kita faham banyak asam garam yang kita lalui dalam hidup. barulah rasa nikmat dan rumitnya bila dah hampir ke alam dewasa. lama tak lama jugalah aku hidup. semuanya terima kasih kepada Allah, masih lagi bagi peluang dekat aku terus berjuang dalam hidup nie.

untung jugalah pada kauorang juga sebab masih hidup lagi sampai sekarang. bagi lagi peluang rasa nikmat sukaduka dengan perangai manusia yang ntah apa-apa. tapi sebab ntah pape tula buatkan manusia unik sekali pandangan Allah.

makin kita dah besar nie, suka ke tak suka ke telan jelah apa-apa musibah timpa dekat diri sendiri. rasa kosong dalam diri, aku tak tahan dan sedar tak sedar mengalir air mata.



rasa macam jauh je dengan semua orang yang aku sayang. aku tengok muka umi(mak) aku, sebaknya rasa dalam hati tetiba. tapi aku nak cakap nie, ntah aku rasa sesuatu perasaan yang sangat bahagia dengan pelukkan umi aku.

ntah fikiran aku sekrang tengah serabut. tapi aku segan nak nangis depan orang sebab bila aku tak tahan, memang tak henti-henti aku nangis.

kuasa Allah tu hebat tak terkata, kosongnya aku rasa hati aku nie. aku payah nak nangis sebab aku tak suka nangis tapikan sebab nangis tu jugalah dapat lepas apa yang terpendam dalam hati nie...

kawan-kawan pun, mungkir janji dengan aku. aku rindu sangat-sangat. janji nak jumpa, mcm2lah alasan kau,puih!

tak kesian dengan aku ke? bosannya balik-balik aku yang kecewa gila babun. harapan nak tinggi sangat. padan muka aku. malaslah nak letak harapan melambung-lambung sangat.


nak sayang sangat2 pun komlpeks sungguh. tak reti nak hargai. sedih tu memang tak payah nak cakaplah. hmm

buka je blog, sajalah nak blogwalking. baca satu entri, rasa baru tersedar bila fahami maksud yang dia nak sampaikan tu. maksud aku, aku kaitkan semua perit2 yang aku rasa tu aku gabung dengan entri yang dia tulis tu.

yang setia ada dekat sisi kita, Allah je.. bila gembira jadi alpa.. perangai manusia nie jugalah Allah tetap suka. tetap juga anggap ia hamba yang paling unik.

sambil nak layan jiwa yang tengah kosong nie, lagu nie jela jadi pilihan -->

hehe. i do love kpop as well but not really korean freak. suka-suka juga, tapi takdelah tahap hantu korea pun. hehe ;P










rasa tenang je lagu dia. hehe tengah on the way tengok cerita nie dekat internet. nak tanya nie cerita Nora Elena tu best ke weh? aku kat sini macamlah dapat tengok cerita Melayu.

semua heboh cakap pasal Nora Elena tu, nak juga tengok juga. hehe. awat nama aaron aziz dalam tu Seth Tan ke memang SETAN?? wakakaka. lawaklah. hehe.

ok tu jela. terima kasih kerana membaca.

13 Orang Kena Tampar:

Unknown said...

Merasa ketenangan bila mengingati Allah.

Anonymous said...

Warghh, tak nak kena tampar. Hehehe...

Kalau rasa hati kosong, ingat Allah. Kalau gembira, ingat Allah. Air mata itu lambang kekerdilan kita di sisi Allah. Tidak salah jika menangis. Awan pun selalu juga menangis.

Sekarang ni fenomena Nor Elena.

WuMing said...

Luahkan lah perasaan pada orang tersayang... Agar dapat berkongsi rasa kesunyian itu...

Alin said...

man : hehe. insyallah

Alin said...

Awan : sy nie payah nak nangis tp xtahan tu nangis jugalah. huhu

Alin said...

WuMing : rasanya keluarga jugalah tempat alin nak berkasih syg. huhu

WuMing said...

Sekurang-kurangnya kasih sayang dari keluarga itu tidak perlu diragu-ragu...

Alin said...

keluarga tu pentingkan. hehe ;P

WuMing said...

Knock..knock... saja buat lawatan harian...

jokergurl said...

ziarah dari bloglist jokergurl......
jom try up traffic dengan cara terbaru....hehehehee

http://jokegurl.blogspot.com/2011/06/traffic-mudah-dengan-global-auto-surf.html

WuMing said...

Hmmmm.......

Haikal Blank said...

hm...selagi ada kesedaran tu oklah...kalau rasa nak menangis tu, lepas aje...cuma jangan sedih melampau sampai lupa diri....

pepandailah ye..semoga ko berjaya kawal hati tuh! gua doakan lu kawan! :)

Alin said...

gila lama baru ko nak komen, ceh! hahaha xde hal. tq bro :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...