BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

ShoutMix chat widget

Thursday, May 19, 2011

Areliff: Pencarian Bloglist Terbaru

assalamualaikum semua. buat pertama kalinya aku join segmen pencarian bloglist baru oleh saudara Areliff. sebelum2 nie ada juga orang ajak join tapi masa tu baru sangat2 dalam dunia blog jadi tak berapa nak reti sangat dan masa tu juga sibuk belajar. minta maaf sgt2 kalau ada siapa2 bloger2 yang ada ajak join dulu. huhu minta maaf ye :)



yang nie syarat2 yang ditulis oleh beliau :


1-buat satu entry tajuk Areliff: Pencarian Bloglist Terbaru.
2-letak banner bloglist pemilihan baru tu kat entry korang.
3-nyatakan jantina korang (hu3 nak asingkan nanty)
4-dah selesai letak link korang kat bahagian komen ni.
tambahan**-(kalau rajin komen la skit pasal blog ni)--tak wajib!!nak wat pon bleh tak wat pon takpe :P

jantina : khunsa! eh! eh! silap. mestilah perempuan. hihi
pasal blog Areliff : Alin pun first time jumpa blog en.Areliff nie dan nie baru pertama kali Alin join contest. pendapat Alin pasal blog en.Areliff nie sangat kemas dan tidak serabut dan paling penting tak ada widget muzik. dan kalau tak silap Alin ada dua iklan nuffnang dekat blog en.Areliff. cara penyampaian cerita blog en.Areliff orang senang nak faham dan simple. tu je.hehe

pemergian seorang otai blogger ke rahmahtullah

assalamualaikum semua. tadi masa buka blog nie semua tulis pasal satu blogger otai yang telanh kembali ke rahmahtullah iaitu Telordibasuh akibat jangkitan paru2 kalau tak silap tengah tadi kot meninggal. dia juga merupakan antara blogger yang selalu aku singgah dan meninggalkan komen.




apa2 pun kita sedekahkan al-fatihah buat beliau semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. terima kasih kerana membaca :'(

Wednesday, May 18, 2011

makcik yang terover

assalamualaikum semua. macam biasalah tuan,puan,abang,kakak,adik,wan(nenek) dan atok sekalian sekali lagi ingin membebel dalam blog aku. nie cuma luahan/bebelan aku terhadap seseorang yang membuat aku cukup sabaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrr jelah dengan perangai dia nie.

aku nak cerita pasal makcik aku nie. nama dia tak perlulah disebut sebab tak baik aibkan orang. macam nie makcik aku nie umur pun dah 50 lebih tapikan dia punya minat tengok cerita korea, mak aii kalahkan aku betul. sebenarnya ada juga rasa menyesal sebab mengajo dia tengok cerita korea bagai nie. adehhh tak sangka pula dia punya setia dekat satu stastion nie sampai aku nak tengok tv rancangan lain macam cerita melayu ke, omputeh ke dan blablabla lagi, tak ada peluang beb nak tengok. bak ayat moden yang orang guna sekarang, 24/7 hanyalah KOREA sahaja!

pergh rasa nak berderau juga darah aku nie mendidih macam air cerek. huhu. nie cuma luahan hati aku yang konon nak sound makcik akulah-->'agak-agaklah weh 24/7 kau nak tengok korea. kau punya pentingkan diri macam nak mintak penampar kau tahu tak! bebulan aku belajar duduk dengan kau payah GILA babenglah aku nak pegang remote. please lah weh aku balik dari kolej penat-penat dengan assignment + projek + kuiz + exam, tensen duh aku bila aku balik tengok cerita KOREA kau je. plus, lagi rasa macam kau nie dah buang tebiat, syoknya kau layan lagu KOREA kan? layan lagu orang muda, sah nak hampir nyanyuk kau nie. huh!

tu baru hari kerja, hari minggu perghh 24/7 + 24/7, tv tu dah jadi dunia kau kan, MAKCIK?! aku rasa aku boleh tahan lagi kesabaran aku bila kau tengok drama korea tapi bila kau dah mula tengok lagu-lagu korea dan astro, kau paham2 jelah dok tayang balik lagu yang diulang memang aku rasa nak je pecahkan remote control tu depan mata kau dan musnahkan sekali dengan tv. barunpadan muka kita sama tak dapat tengok tv fav kesayangan kau.

kang aku tegur, kau tak boleh terima. habis tu hati aku dah sakit apa kau kisahkan, MAKCIK?! serius disebabkan kau, banyak dosa aku tanggung sumpah lahanat dengan kau. aku mengumpat kau dekat abang aku a.k.a mengadu dekat abang dengan mak aku. diaorang nak tegur, memang macam haramlah sebab kau lagi tua daripada diaorang. aku dah rasa jahat sangat aku nie marah-marah kau dalam hati aku nie. pleaselah sebabkan kau makin berat dosa aku nak tanggung tahu tak, MAKCIK?!

lepas nie dalam beberapa bulan je kau nak bersara dari kerja kau, lagilah bertanbah haram aku nak tengok tv. tengok kau senang lenang je kan tengok favourite kau, aku yang dekat belakang kau nie pe kau nak kisah? padahal astro bukan kau bayar,pakcik aku bagi astro kasi semua orang dalam rumah nie tgk sama2. tapi kau buat tv mcm mana? tengok perangai kau mcm nak buang tebiat,sakit hati tau tak! kau nak beli astro, kau sendiri jenis tangkai jering je aku tengok. bkn main berkira dengan anak sedara sendiri. tapi aku diamkan diri je tahu tak, MAKCIK?!

umur aku nie makin lama makin ke alam dewasa. pemkiran aku pun makin lama makin kematangan. buat pula perangai macam nie, buat lemah tenaga aku je geram dekat kau dalam hati aku nie tahu tak, MAKCIK?!'

ok tu jela luahan aku dalam hati. alangkah bestnya dalam straight to the point. tapi memandangkan aku tak mahu mencari gaduh. so MAKCIK nak menang, AMBILLAH!!!

aku seorang peminat korea juga tapi tidak seDAHSYAT mcm si makcik aku nie. apa pendapat kauorang pasal makcik aku nie? terima kasih kerana membaca

nenek sihir bak kata orang Indonesia :D

Monday, May 16, 2011

cikgu yang dicintai

assalamualaikums semua. hihi. hari nie merupakan hari guru kan. huhu tak sangka masa cepat berlalu. ramai juga para-para blogger yang sibuk asyik menulis entri-entri diaorang nie pasal cikgu-cikgu diaorang termasuklah dengan pensyarah-pensyarah diaorang.

tengok semua tulis pasal menyambut hari guru, jadi aku pun nak jugalah join tulis entri aku pasal hari guru nie. nak cerita kenangan masa sekolah tadika dengan sekolah rendah, aku sendiri pun dah ingat-ingat lupa. jadi aku boleh cerita zaman sekolah menengah aku jelah ye. hmmmm kenangan masa sekolah menengah bermula dari tingakatan 1-3 tak berapa nak menariklah aku nak kongsi cerita dengan kauorang sebab aku nie bukanlah budak pandai sangat pun sampai cikgu-cikgu boleh rasa bangga dengan aku nie. jadi budak-budak yang popular ditambahnya pula dengan kepandaian diaorang, petah bercakap serta mempunyai perwatakan yang menarik. ini memang realiti kepada budak-budak yang bertuah kehidupannya masa sekolah dulu apatah lagi bila dia kelas aliran sains. -,-

akan tetapi bila aku mulakan langkah memasuki ke tingkatan 4 dan aku mengaku terang-terang nie aku bukan memasuki kelas aliran sains yang diharapkan oleh semua budak sekolah dan juga mak ayah. alhamdulillah pmr aku semua subjek tak ada yang gagal hanya ada kredit jelah. life aku nie tak berapa best macam orang lain tapi tapi dan tapi semasa ditingkatan 4 jugalah telah merubah perjalan hidupku sebagai seorang pelajar.

serius weh bila aku tengok ramai member-member kelas aku yang sama kelas masa tingkatan 3 kebanyakkannya banyak yang masuk kelas sains. masa tu kan aku rasa betapa tingginya langit dan bumi, merasakan macam terlalu bodoh sangat duduk dalam kelas aliran sastera nie. kelas aku nie memang diwajibkan mengambil seni visual.

mulai pada saat itu jugalah aku mula berhasrat nak belajar rajin-rajin dan aku sangat berterima kasih kepada Allah kerana telah menyedarkan aku perjalanan aku masih belum berakhir dengan setakat pmr sahaja. masa ada lagi perjlanan yang perlu ditempuhi iaitu dengan harapan dapat result yang ok dlm spm.

mungkin barangkali Allah ingin memberi peluang sekali kepadaku untuk memenuhi hasrat hatiku, aku telah mendapat member-member kelas yang sangat prihatin terhadapku. kiranya yang jadi geng2 aku masa tu semua sama memikirkan hal yang sama ingin menebus untuk berjaya dlm spm. dan masa di tingkatan 4 jugalah semua cikgu yang mengajar semuanya best2 belaka. paling aku tak boleh lupakan sekali ialah cikgu pratikal yang mengajar subjek matematik di sekolahku. cikgu tu seorang wanita yang bernama Faizatul Mazlina Mansor. hanya kerana beliau seorang cikgu pratikal atau bakal menjadi guru, cara dia mengajar matematik sangat bersungguh-sungguh. beliau nak semua murid-murid yang dia ajar mendapat A1 kalau boleh walaupun kau nie kelas sains atau sastera yang penting kalau ada sifat rajin dalam diri dan juga ingin berusaha pasti boleh.

kerana namaMU ya Allah, buat pertama kalinya aku mendapat A1 dalam subjek matematik. aku ada budak kelas yg mendapat nombor 2 tertinggi dalam kelas aku dan yang nombor satunya sudah semestnyalah budak cina. tetapi apa yang membuatkan aku merasa seperti nak menagis kerana gembira ialah aku juga merupakan budak melayu yang mendapat markah A1 dalam matematik. alhamdulillah syukur padamu ya Allah. dan aku mengaku dari sekolah rendah aku nie bebal dalam pelajaran lebih-lebih lagi matematik dengan bahasa inggeris. kalau exam je kaw2 lah dapat markah yang aku sendiri pun malu nak cakap dengan kauorang.

masa aku dapat matematik A1 tu kan, tak sudah2lah aku ucapkan terima kasih pada cikgu aku tu. terima kasih padmu cikgu Faizatul, walaupun cikgu hanya sekadar cikgu pratikal pada waktu tu tapi sy masih boleh melihat kesungguhan cikgu ingin mengajar murid-murid yang bebal macam sy nie boleh berjaya. terima kasih banyak2 cikgu. tapikan alangkah sedihnya gambar cikgu tiada dalam simpanan saya. mungkin cikgu sudah lupa atau mungkin juga cikgu masih ingat tentang hadiah kad terima kasih saya pada cikgu, mesej-mesej yang selalu sy hantar pada cikgu melalui handphone dan juga emel. mungkin bagi cikgu sekadar ala biasa saja tapi bagi sy bermakna terSANGAT GILA bermakna buat saya rezeki saya nak dapat A dalam exam, cikgu tahu tak! dan ye sy menjadi stalker untuk mencari cikgu yang selama nie yang saya nanti-nantikan selepas beberapa bulan lost contact dan emel cikgu.

akhirnya peluang saya untuk menatap rindu saya pada cikgu, saya terjumpa facebook cikgu dan dengan serta mertanya sy klik button add as friend. tapi alangkah sedih sudah setahun sy mengADD cikgu tapi cikgu still tak approve juga. barangkali cikgu sibuk dengan kerjaya cikgu atau cikgu sudah lupa pada murid yang tersangatlah menyayangi dan merinduimu wahai cikgu. seringkali jugalah sy terjah ke profile cikgu dan masih setia menunggu untuk cikgu mengapprovekan sy menjadi friend facebook cikgu.

cikgu cikgu cikgu, sy bukan seorang murid yang sakit jiwa cuma sy tersangatlah terhutang budi pada cikgu kerana dahulu keikhlasan cikgu mengajar matematik pada orang yang loser macam sy mendapat A1. huhu. mungkin kauorang agak menyampah dengan entri aku tapi aku memang nak sangat jumpa cikgu aku yang comel ayu nie satu hari nanti. aku nak semua orang tahu disbbkan dialah aku berkobar ingin berjaya.

lagi satu pula aku ingin berterima kasih pada cikgu aku yang bernama cikgu Zareeen Zakaria yang merupakan cikgu Pendidikan Seni Visual. dua tahun mengajar muka dia je, memang tak ada orang lain. dan cikgu nie memang superb lah kalau melukis. aku nak berterima kasih pada cikgu nie sebab gara-gara dia yang suka malukan orang terutama sekali depan budak-budak kelas kalau lukisan dan warna sangatlah menjengkilkan pada matanya, aku dah boleh melukis dan mewarna yang lebih baik lagi lebih-lebih lagi menggunakan poster warna. aku boleh melukis tetapi tidak secantik seperti cikgu Zareen. kalau part warna memang rasa payah bebenorlah bila masa exam nak kena warna guna poster warna. mak aii memang jahanamlah kalau pakai poster warna. pasal apa kalau melukis memang aku tak ada hal tapi kalau nak warna tu alahai boleh sawan gajah kot. hihi.

dan yang best pasal cikgu nie sambil melukis tu dia selalu beri nasihat yang bernas pasal masa depan kita walaupun nasihat dia tu memang makan dalam kalau mendengarnya. dia takkan berhenti menasihati murid-murid yang kepala batu, bengong, pemalas dan seangkatan dengannya sampai dah habis sekolah, jadi masing-masing bawa haluan masing. apa nak jadi dengan kau lepas nie, atas tanggungan sendiri. nasihat dia yang paling aku suka sekali sbb dlm nasihat yang agak makan dalam dapat memberi semangat pada kita untuk teruskan kehidupan yang lebih baik dari sebelum-sebelum nie. tapi dengan cikgu nie kalau kau dah berubah lukisan menjadi yang lebih cantik, dia akan puji kau kaw2 punya sampai montot kau pecah dan mungkin barangkali boleh tercirit atau buaser masa tu jugalah. HAHA! sebab dah terlalu kembang mengembang kena puji. wakakaka!

aku still ada lagi simpan nombor dia tapi tak tahulah kalau dah tukar nombor ke. masa raya tahun leps tu aku agk kecik hati dengan beberapa member aku sbb tak bgtahu pergo raya rumah cikgu Zareen dan tahu-tahu je dia dah beranak anak yang kedua. hah cikgu aku ada seorang anak perempuan kalau tak silap aku mungkin sekarang dalam umur 13 atau 14 tahun mengikut tahun 2011 nielah. cikgu aku ie ag payahlah nak dapat ank tp alhamdulillah tahun lepas dapat juga ank. tahniah buat cikgu dan aku marah betul bila diaorang nie pergi raya tak reti-retilah nak call ke mesej ke. aku tak kisah dan tak peduli kalau masa tu aku tgh stdy lg ke tgh exam janji bagitahu dahlah. pergi tak pergi tu lain cerita. bengong betul. tapi benda dah lepas,pi lantaklah. ingat balik pun bukan boleh putar masa ye tak. huhu.

wah pjg bebenor nak cerita nie. tapi kan alaaaaa kesian pula tak dapat nak cerita pasal cikgu2 yang lain. ok nie last. pengetua sekolah memang paling sempoi. happy go lucky punya orang maaa. jeles tak? haha. dah dah lah cukup cerita pajang lebar nie kauorang pon dah bosan nak baca panjang-panjangkan. cukup setakat ie je boleh cerita. apa-apa pun hargailah pengorbanan diaorang yang nak mengajar kita yang degil macam batu. tak ada cikgu nie, semua bodoh-bodoh belaka dan mungkin juga akn hidup seperti zaman jahiliah walaupun sekarang nie kenyataan orang-orang pandai berperangai macam jahiliah bukan nak kata apa tapi baca jeah apa yang terjadi dalam surat khabar. mungkin jadi macam sebab iman tak kuat, mungkin atau ada disebaliknya aku sendiri pun tak terkata. minta maaf kalau ada yang menyinggung. ok terima kasih kerana membaca.

Saturday, May 14, 2011

buat undi masuk tu nak buat apa? BANGANG betul!

assalamualaikum semua. huhu semalam riuh jugalah pasal blog tak boleh nak bukak nie. dan semalam jugalah dapat bukak balik. ok harinie nak cerita pasal maharajalawak semalam. persembahan diaorang semalam adalah silent comedy . persembahan terbaik bagi aku ialah jambu, jozan dengan sepah je. yang lain tu memang agak hancur jugalah.

paling yang tak boleh blahnya persembahan amir. BAPAKLAH! tengok persembahan dia semalam serius TAK BEST langsung. aku tahu memang nak buat silent comedy nie memang rata-ratanya payah jenuh je nak buat. tapi tapi dan tapi amir punya persembahan, hmmm sabar jelah weh. sebenarnya memang langsung tak faham apa yang sedang dia nak cerita dekat orang ramai.

lagi satukan aku heranlah dengan astro nie. pahal payah bebenor nak singkirkan amir seh? aku tengokkan bila part pasal amir je mesti macam tegang je weh. amir nie ada kerabat diraja ke atau ada vvip ke sampai astro nie macam backup habis sehabisan dekat amir nie.

aku tahulah amir nie tak ada buat salah apa-apa dekat aku tapi nie cuma luahan aku je. dan memang betul pun amir punya lawak tak menjadi langsung. aku cuma terfikir siapa yang masukkan amir nie dalam rajalawak dulu semasa uji bakat rajalawak hah? pelik betul aku dengan juri yang ambil ami nie masuk rajalawak. lawak amir nie macam mintak penampar laju-laju pun ada juga. nie cuma luahan aku sahaja ye. kepada kipas susah mati amir tu, I'M SORRY. :-P



tengok amir punya lawak, macam nak nangis weh. tak sanggup nak tengok.

3 terbaik, jeng! jeng! jeng! -->

jambu muka legenda (minta-minta sangat diaorang yang juara walaupun dah tahu hakikatnya jozan yang akan juara) muka yus kan mesti aku nak tergelak seh. bila tengok yus pakai kostum renang nie, aku teringat pula macam cerita 3 stooges yang selalu tayang dekat tv2 kalau tak silap dalam pukul 1 pagi atau pukul 2 pagi. muka yus sejibik macam Curly Howard -->

curly howard. HAHA! bukannya nak menyendir tapi aku memang minat yus dari rajalawak satu lagi. haha!


kelakar gila part menarik. HAHA! xD


magician show yang paling BEST dr jozan. nampak meriah persembahan diaorang nie :-D


dah elok-elok amir tu keluar yang astro nie pula buat undi masuk tu nak buat apa?!! sakit hati weh semalam. AC mizal muka macam dah tegang dah sebab terpaksa bagitahu ada undi masuk. agak-agaklah weh kalau nak duit banyak masuk pun, menyampah kau tahu tak kalau aku tengok amir nie ada dalam maharajalawak nie.

tapi apa-apa pun konsep silent comedy paling best ialah Charlie Chaplin


kalau tak silap masa nie tahun 1930-an kot. minta maaf kalau silap tahun. hihi. tapi lawak dia memang best. kenal charlie nie pun masa sekolah rendah lagi. hihi. lagi bestlah dari amir yang tak faham langsung apa yang dia buat. sadis betul tengok persembahan amir. huhu.

apa pun hidup nie mesti kena gelak tawa kalau tak nanti asyik stress je tu yang asyik nak bunuh diri je bila tulis dalam surat khabar. huhu. apa-apa pun niat tulis dalam blog nie kalau boleh taknak hina siapa-siapa dan aku sedar aku cumalah manusia yang sentiasa buat kesalahan dan minta maaf kalau peminat-peminat amir ada yang tersingguh. semua yang aku tulis tu cuma pendapat aku tentang amir dan aku memang tak suka langsung lawak dia. sedih je tengok semalam bila penonoton macam gelak dan sorak perli dekat amir. manusia punya perli kan memang tak boleh blah. menyakitkan hati je kan kan kan.



agak-agak kauoranglah nie lagi ok tak dengan amir punya lawak. renung-renugkan dan selamat beramal. HAHA! terima kasih kerana membaca.

Tuesday, May 10, 2011

projek untuk final exam dah setel, alhamdulillah

assalamualaikum semua. huhu lega betul bila projek untuk semester pendek bulan nie dah setel. tapi masih belum rasa nak lepak-lepak lagilah sebab minggu depan je dah mula final exam jadi nak belajar betul-betullah nak target pointer yg lagi ok dari yang sebelum-sebelum nie. huhu.

ok projek yang aku buat nie mengenai Hargailah Hasil Kraftangan Negara iaitu subjek komunikasi visual. sebelum buat projek tu kolej aku ada buat lawatan untuk pelajar-pelajar grafik (termasuklah aku, alin budak grafik ye hihi) melawat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di jalan conlay. ianya berdekatan dengan pavilion dan juga bukit bintang. sejujurnya memang tak pernah pergi kompleks kraf nie kalau tak di ajak. ok jugalah tempatnya. boleh tgk macam-macam jenis kraf yang tak pernah lagi tengok dan blablabla.

kitaorang kena hasil projek iaitu dengan membuat risalah atau dalm bahasa Inggerisnya dipanggil brochure mengenai hargailah hasil kraftangan negara. risalah aku biasa-biasa saja sebab aku lebih penting isi kandungan mengenai tajuk yang diberikan oleh pensyarah aku dan inilah hasilnya, jeng! jeng! jeng!





huhu first time buat risalah sendiri dalam seumur hidup. orang lain punya banyak buat design cantik dan warna yang menarik, aku punya je agak simple. aku tak suka corak banyak-banyak sebab bagi aku kita cuma buat corak dan warna yang sesuai dengan semua golongan pembaca dan yang paling penting sekali kandungan yang hendak disampaikan kepada pengguna dan pembaca.

cerita lagi nie, aku berasa sangat berbangga dan terima kasih kepada pensyarah aku iaitu puan marina bt. kamarudin memberitahu aku punya seorang sahaja yang betul tentang isi kandungan tentang tajuk yang beliau beritahu. huhu. bangga seh! (maaf kalau rasa nak termuntah ke hape ke). huhu terharu jugalah nama aku naik sebab aku kalau kat kolej memang lebih suka low profile (bukan memuji sendiri tetapi ini adalah diriku yang tidak suka dikenali ramai). kebanyakkannya buat design memang tersangatlah cantik tetapi kantoi pergi copy paste dekat risalah yang kitaorang curi senyap-senyap masa dekat kompleks kraf tu dan juga copy paste dekat internet bulat-bulat (lumrah alam semua pelajar ipt, ngehngeh). dah tu boleh lupa nak padam laman web yang ambil dari internet, hangin jelah pensyarah aku nie. huhu. (dalam kelas semua senyap je bila nak presentation tadi)

jadi sudah semestinyalah kan aku berbangga sebab aku tak cerita pasal kompleks kraf tu, aku ceritakan tentang menyangjungi hasil sumbangan otai-otai kraf dalam Malaysia dan buat target masa depan kraf pada zaman akan datang. jadi isi kandungan tu semua kenalah dengan apa yang pensyarah aku nak, betul? dan aku orang yang kedua tertinggi mendapat markah projek nie. markah cuma 36/40. syukur alhamdulillah hasil sendiri. mintak maaf kalau ada terlalu banyak ayat-ayat gebang dalam blog aku nie. hihi. tengah excited nak cerita, tak boleh nak lindung kan kan kan :-P

mengenai membuat presentation memang waktu yang sangat menghiburkan bagi semua pelajar untuk menyakat member-member. HAHA! serius semua tangan dan percakapan masa nak present gila gelabah. HAHA! mcm kena sampuk setan, demam kura-kura, sawan gajah pun ada. HAHA! menjadi kewajipan sebagai pelajar ipt untuk membentangkan projek kepada pensyarah dan member-member kelas. huhu sabar dan tahan gelak jelah tengok orang present tadi. huhu.

muka tengah cuak bila semua orang tumpu masa sedang cakap. HAHA! xD


setakat nie ok tak blog aku? huhu. masih lagi percubaan newbie blogger. kalau ada silap dan salah, mintak maaf dan silalah beri tunjuk ajar. sekian terima kasih kerana membaca.


Monday, May 9, 2011

alhamdulillah terima kasih kepada follower ke-100

assalamualaikum semua. hari nie cuma nak ucapkan terima kasih kepada tuan empunya blog yang bernama Amira Putra a.k.a Chan




terima kasih amira kerana sudi memfollow blog alin :-D terima kasih kerana membaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...