BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

ShoutMix chat widget

Tuesday, May 10, 2011

projek untuk final exam dah setel, alhamdulillah

assalamualaikum semua. huhu lega betul bila projek untuk semester pendek bulan nie dah setel. tapi masih belum rasa nak lepak-lepak lagilah sebab minggu depan je dah mula final exam jadi nak belajar betul-betullah nak target pointer yg lagi ok dari yang sebelum-sebelum nie. huhu.

ok projek yang aku buat nie mengenai Hargailah Hasil Kraftangan Negara iaitu subjek komunikasi visual. sebelum buat projek tu kolej aku ada buat lawatan untuk pelajar-pelajar grafik (termasuklah aku, alin budak grafik ye hihi) melawat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di jalan conlay. ianya berdekatan dengan pavilion dan juga bukit bintang. sejujurnya memang tak pernah pergi kompleks kraf nie kalau tak di ajak. ok jugalah tempatnya. boleh tgk macam-macam jenis kraf yang tak pernah lagi tengok dan blablabla.

kitaorang kena hasil projek iaitu dengan membuat risalah atau dalm bahasa Inggerisnya dipanggil brochure mengenai hargailah hasil kraftangan negara. risalah aku biasa-biasa saja sebab aku lebih penting isi kandungan mengenai tajuk yang diberikan oleh pensyarah aku dan inilah hasilnya, jeng! jeng! jeng!





huhu first time buat risalah sendiri dalam seumur hidup. orang lain punya banyak buat design cantik dan warna yang menarik, aku punya je agak simple. aku tak suka corak banyak-banyak sebab bagi aku kita cuma buat corak dan warna yang sesuai dengan semua golongan pembaca dan yang paling penting sekali kandungan yang hendak disampaikan kepada pengguna dan pembaca.

cerita lagi nie, aku berasa sangat berbangga dan terima kasih kepada pensyarah aku iaitu puan marina bt. kamarudin memberitahu aku punya seorang sahaja yang betul tentang isi kandungan tentang tajuk yang beliau beritahu. huhu. bangga seh! (maaf kalau rasa nak termuntah ke hape ke). huhu terharu jugalah nama aku naik sebab aku kalau kat kolej memang lebih suka low profile (bukan memuji sendiri tetapi ini adalah diriku yang tidak suka dikenali ramai). kebanyakkannya buat design memang tersangatlah cantik tetapi kantoi pergi copy paste dekat risalah yang kitaorang curi senyap-senyap masa dekat kompleks kraf tu dan juga copy paste dekat internet bulat-bulat (lumrah alam semua pelajar ipt, ngehngeh). dah tu boleh lupa nak padam laman web yang ambil dari internet, hangin jelah pensyarah aku nie. huhu. (dalam kelas semua senyap je bila nak presentation tadi)

jadi sudah semestinyalah kan aku berbangga sebab aku tak cerita pasal kompleks kraf tu, aku ceritakan tentang menyangjungi hasil sumbangan otai-otai kraf dalam Malaysia dan buat target masa depan kraf pada zaman akan datang. jadi isi kandungan tu semua kenalah dengan apa yang pensyarah aku nak, betul? dan aku orang yang kedua tertinggi mendapat markah projek nie. markah cuma 36/40. syukur alhamdulillah hasil sendiri. mintak maaf kalau ada terlalu banyak ayat-ayat gebang dalam blog aku nie. hihi. tengah excited nak cerita, tak boleh nak lindung kan kan kan :-P

mengenai membuat presentation memang waktu yang sangat menghiburkan bagi semua pelajar untuk menyakat member-member. HAHA! serius semua tangan dan percakapan masa nak present gila gelabah. HAHA! mcm kena sampuk setan, demam kura-kura, sawan gajah pun ada. HAHA! menjadi kewajipan sebagai pelajar ipt untuk membentangkan projek kepada pensyarah dan member-member kelas. huhu sabar dan tahan gelak jelah tengok orang present tadi. huhu.

muka tengah cuak bila semua orang tumpu masa sedang cakap. HAHA! xD


setakat nie ok tak blog aku? huhu. masih lagi percubaan newbie blogger. kalau ada silap dan salah, mintak maaf dan silalah beri tunjuk ajar. sekian terima kasih kerana membaca.


12 Orang Kena Tampar:

Mat Som Sadona said...

Blogger baru tapi macam dah 3 tahun berblog...hebat dan truskan menulis entri2 seterusnya. Semoga jadi blogger tersohor satu masa nanti

WuMing said...

Alin... engko selitkan kah sekali URL Blog http://alin9292.blogspot.com ke dalam "Brochure" tu sekali.... memang tak salah... Boleh sambil menyelam sambil minum... Jangan tersedak sudah laa....:)

Alin said...

mat som : hoho belum sehebat spt ben ashaari lagi. alin masih newbie blogger :D

Alin said...

wuming : ayt mcm mkn dalam je. huhu. tQ 4 advice :D

Haikal Blank said...

HAHA gebang? memang! kah3...okla tuh markah tggi siot...:D

blog ok ke tak? ok aja banding aku. cuma kau ada 20 jenis warna, aku sepuluh jela. HAHA

THE GREEN said...

Assalamualaikum...


ok la risalah mcm tu..kalo bubuh corak yg lebih2, nnt nk baca pun rasa serabut..corak yg simple tp menarik pun blh, skadar utk tarik pembaca utk tgk content risalah..

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Ayie said...

erk.. nak komen aapaaaa aa..?? takde idea nih.. hahaha ^^

WuMing said...

Ehh.. betul ker... He..he..he... Maaf..maaf..

Alin said...

blade : hihi fisrt time buat risalah. huhu merasa jugalah buat risalah sendiri. huhu. happy blogging too :D

Alin said...

ayie : haha. tak pe. baca entri alin pun dah rasa terharu. :')

Alin said...

wuming : takde apa lah. alin fhm. alin maasih baru lagi dlm dunia blog. kalau ada apa2 sy, tunjur ajrlah ye :D

WuMing said...

Tiada orang Baru.... Maka tiadalah orang lama...Wow... Falsampah plakk... Ihik...Ihik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...