BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

ShoutMix chat widget

Monday, May 16, 2011

cikgu yang dicintai

assalamualaikums semua. hihi. hari nie merupakan hari guru kan. huhu tak sangka masa cepat berlalu. ramai juga para-para blogger yang sibuk asyik menulis entri-entri diaorang nie pasal cikgu-cikgu diaorang termasuklah dengan pensyarah-pensyarah diaorang.

tengok semua tulis pasal menyambut hari guru, jadi aku pun nak jugalah join tulis entri aku pasal hari guru nie. nak cerita kenangan masa sekolah tadika dengan sekolah rendah, aku sendiri pun dah ingat-ingat lupa. jadi aku boleh cerita zaman sekolah menengah aku jelah ye. hmmmm kenangan masa sekolah menengah bermula dari tingakatan 1-3 tak berapa nak menariklah aku nak kongsi cerita dengan kauorang sebab aku nie bukanlah budak pandai sangat pun sampai cikgu-cikgu boleh rasa bangga dengan aku nie. jadi budak-budak yang popular ditambahnya pula dengan kepandaian diaorang, petah bercakap serta mempunyai perwatakan yang menarik. ini memang realiti kepada budak-budak yang bertuah kehidupannya masa sekolah dulu apatah lagi bila dia kelas aliran sains. -,-

akan tetapi bila aku mulakan langkah memasuki ke tingkatan 4 dan aku mengaku terang-terang nie aku bukan memasuki kelas aliran sains yang diharapkan oleh semua budak sekolah dan juga mak ayah. alhamdulillah pmr aku semua subjek tak ada yang gagal hanya ada kredit jelah. life aku nie tak berapa best macam orang lain tapi tapi dan tapi semasa ditingkatan 4 jugalah telah merubah perjalan hidupku sebagai seorang pelajar.

serius weh bila aku tengok ramai member-member kelas aku yang sama kelas masa tingkatan 3 kebanyakkannya banyak yang masuk kelas sains. masa tu kan aku rasa betapa tingginya langit dan bumi, merasakan macam terlalu bodoh sangat duduk dalam kelas aliran sastera nie. kelas aku nie memang diwajibkan mengambil seni visual.

mulai pada saat itu jugalah aku mula berhasrat nak belajar rajin-rajin dan aku sangat berterima kasih kepada Allah kerana telah menyedarkan aku perjalanan aku masih belum berakhir dengan setakat pmr sahaja. masa ada lagi perjlanan yang perlu ditempuhi iaitu dengan harapan dapat result yang ok dlm spm.

mungkin barangkali Allah ingin memberi peluang sekali kepadaku untuk memenuhi hasrat hatiku, aku telah mendapat member-member kelas yang sangat prihatin terhadapku. kiranya yang jadi geng2 aku masa tu semua sama memikirkan hal yang sama ingin menebus untuk berjaya dlm spm. dan masa di tingkatan 4 jugalah semua cikgu yang mengajar semuanya best2 belaka. paling aku tak boleh lupakan sekali ialah cikgu pratikal yang mengajar subjek matematik di sekolahku. cikgu tu seorang wanita yang bernama Faizatul Mazlina Mansor. hanya kerana beliau seorang cikgu pratikal atau bakal menjadi guru, cara dia mengajar matematik sangat bersungguh-sungguh. beliau nak semua murid-murid yang dia ajar mendapat A1 kalau boleh walaupun kau nie kelas sains atau sastera yang penting kalau ada sifat rajin dalam diri dan juga ingin berusaha pasti boleh.

kerana namaMU ya Allah, buat pertama kalinya aku mendapat A1 dalam subjek matematik. aku ada budak kelas yg mendapat nombor 2 tertinggi dalam kelas aku dan yang nombor satunya sudah semestnyalah budak cina. tetapi apa yang membuatkan aku merasa seperti nak menagis kerana gembira ialah aku juga merupakan budak melayu yang mendapat markah A1 dalam matematik. alhamdulillah syukur padamu ya Allah. dan aku mengaku dari sekolah rendah aku nie bebal dalam pelajaran lebih-lebih lagi matematik dengan bahasa inggeris. kalau exam je kaw2 lah dapat markah yang aku sendiri pun malu nak cakap dengan kauorang.

masa aku dapat matematik A1 tu kan, tak sudah2lah aku ucapkan terima kasih pada cikgu aku tu. terima kasih padmu cikgu Faizatul, walaupun cikgu hanya sekadar cikgu pratikal pada waktu tu tapi sy masih boleh melihat kesungguhan cikgu ingin mengajar murid-murid yang bebal macam sy nie boleh berjaya. terima kasih banyak2 cikgu. tapikan alangkah sedihnya gambar cikgu tiada dalam simpanan saya. mungkin cikgu sudah lupa atau mungkin juga cikgu masih ingat tentang hadiah kad terima kasih saya pada cikgu, mesej-mesej yang selalu sy hantar pada cikgu melalui handphone dan juga emel. mungkin bagi cikgu sekadar ala biasa saja tapi bagi sy bermakna terSANGAT GILA bermakna buat saya rezeki saya nak dapat A dalam exam, cikgu tahu tak! dan ye sy menjadi stalker untuk mencari cikgu yang selama nie yang saya nanti-nantikan selepas beberapa bulan lost contact dan emel cikgu.

akhirnya peluang saya untuk menatap rindu saya pada cikgu, saya terjumpa facebook cikgu dan dengan serta mertanya sy klik button add as friend. tapi alangkah sedih sudah setahun sy mengADD cikgu tapi cikgu still tak approve juga. barangkali cikgu sibuk dengan kerjaya cikgu atau cikgu sudah lupa pada murid yang tersangatlah menyayangi dan merinduimu wahai cikgu. seringkali jugalah sy terjah ke profile cikgu dan masih setia menunggu untuk cikgu mengapprovekan sy menjadi friend facebook cikgu.

cikgu cikgu cikgu, sy bukan seorang murid yang sakit jiwa cuma sy tersangatlah terhutang budi pada cikgu kerana dahulu keikhlasan cikgu mengajar matematik pada orang yang loser macam sy mendapat A1. huhu. mungkin kauorang agak menyampah dengan entri aku tapi aku memang nak sangat jumpa cikgu aku yang comel ayu nie satu hari nanti. aku nak semua orang tahu disbbkan dialah aku berkobar ingin berjaya.

lagi satu pula aku ingin berterima kasih pada cikgu aku yang bernama cikgu Zareeen Zakaria yang merupakan cikgu Pendidikan Seni Visual. dua tahun mengajar muka dia je, memang tak ada orang lain. dan cikgu nie memang superb lah kalau melukis. aku nak berterima kasih pada cikgu nie sebab gara-gara dia yang suka malukan orang terutama sekali depan budak-budak kelas kalau lukisan dan warna sangatlah menjengkilkan pada matanya, aku dah boleh melukis dan mewarna yang lebih baik lagi lebih-lebih lagi menggunakan poster warna. aku boleh melukis tetapi tidak secantik seperti cikgu Zareen. kalau part warna memang rasa payah bebenorlah bila masa exam nak kena warna guna poster warna. mak aii memang jahanamlah kalau pakai poster warna. pasal apa kalau melukis memang aku tak ada hal tapi kalau nak warna tu alahai boleh sawan gajah kot. hihi.

dan yang best pasal cikgu nie sambil melukis tu dia selalu beri nasihat yang bernas pasal masa depan kita walaupun nasihat dia tu memang makan dalam kalau mendengarnya. dia takkan berhenti menasihati murid-murid yang kepala batu, bengong, pemalas dan seangkatan dengannya sampai dah habis sekolah, jadi masing-masing bawa haluan masing. apa nak jadi dengan kau lepas nie, atas tanggungan sendiri. nasihat dia yang paling aku suka sekali sbb dlm nasihat yang agak makan dalam dapat memberi semangat pada kita untuk teruskan kehidupan yang lebih baik dari sebelum-sebelum nie. tapi dengan cikgu nie kalau kau dah berubah lukisan menjadi yang lebih cantik, dia akan puji kau kaw2 punya sampai montot kau pecah dan mungkin barangkali boleh tercirit atau buaser masa tu jugalah. HAHA! sebab dah terlalu kembang mengembang kena puji. wakakaka!

aku still ada lagi simpan nombor dia tapi tak tahulah kalau dah tukar nombor ke. masa raya tahun leps tu aku agk kecik hati dengan beberapa member aku sbb tak bgtahu pergo raya rumah cikgu Zareen dan tahu-tahu je dia dah beranak anak yang kedua. hah cikgu aku ada seorang anak perempuan kalau tak silap aku mungkin sekarang dalam umur 13 atau 14 tahun mengikut tahun 2011 nielah. cikgu aku ie ag payahlah nak dapat ank tp alhamdulillah tahun lepas dapat juga ank. tahniah buat cikgu dan aku marah betul bila diaorang nie pergi raya tak reti-retilah nak call ke mesej ke. aku tak kisah dan tak peduli kalau masa tu aku tgh stdy lg ke tgh exam janji bagitahu dahlah. pergi tak pergi tu lain cerita. bengong betul. tapi benda dah lepas,pi lantaklah. ingat balik pun bukan boleh putar masa ye tak. huhu.

wah pjg bebenor nak cerita nie. tapi kan alaaaaa kesian pula tak dapat nak cerita pasal cikgu2 yang lain. ok nie last. pengetua sekolah memang paling sempoi. happy go lucky punya orang maaa. jeles tak? haha. dah dah lah cukup cerita pajang lebar nie kauorang pon dah bosan nak baca panjang-panjangkan. cukup setakat ie je boleh cerita. apa-apa pun hargailah pengorbanan diaorang yang nak mengajar kita yang degil macam batu. tak ada cikgu nie, semua bodoh-bodoh belaka dan mungkin juga akn hidup seperti zaman jahiliah walaupun sekarang nie kenyataan orang-orang pandai berperangai macam jahiliah bukan nak kata apa tapi baca jeah apa yang terjadi dalam surat khabar. mungkin jadi macam sebab iman tak kuat, mungkin atau ada disebaliknya aku sendiri pun tak terkata. minta maaf kalau ada yang menyinggung. ok terima kasih kerana membaca.

6 Orang Kena Tampar:

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

happy teacher day !

Alin said...

guru hari selamat. haha! :p

WuMing said...

Alin... Entry ni ada udang di sebalik mee ke...Ihik...Ihik...

Alin said...

WuMing : mana ada. huhu

Mat Som Sadona said...

Cikgu Faizatul tu mesti cun giler.

Alin said...

memang cun pun. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...