BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

ShoutMix chat widget

Saturday, March 12, 2011

shihnwa 신화

assalamualaikum semua. semoga hari2 kauorg di rahmati Allah. hari nie aku nak cerita pasal Shinhwa. apa tu Shinhwa? Shinhwa nie adalah salah satu kumpulan KPOP di Korea pada era tahun 90-an. kumpulan nie mmg popular tapi kat korea jelah. kebykan yg minat2 KPOP skrg nie byk yg tahu Super Junior, ye tak? kalaupun ada yg tak minat tapi sekurang-kurangnya mesti tahu kan? kan? sebenarnya aku pun mmg tidak tahu pun pasal kumpulan Shinhwa nie tapi memandangkan aku minat Korea jadi aku ada tengok satu rancangan dekat sebuah stesen Korea iaitu Kbs world ch303 di Astro. nama rancangan tu Oh! My School yg bersiaran pada setiap hari selasa jam 6 ptg & ulangannya pada hari rabu jam 11.30 mlm. rancangan tu dia memperkenalkan artis2 baru samada kita kenal ataupun tidak untuk mengimbau kembali kenangan2 mereka sewaktu mereka bersekolah dulu.


dalam rancangan tersebut kita boleh mempelajari pelajaran serta kebudayaan Korea. aku nak cerita pjg2 nak kasi terperinci pd kauorg nanti kauorg jd bosan, ye tak? so senang cerita kauorg tgk jelah sendiri rancangan tu. aku mmg jamin rancangan tu mmg menarik.


ok sekarang kita berbalik cerita pada kumpulan Shinhwa yg aku bagitahu tadi. aku kenal kumpulan Shinhwa nie menerusi Oh! My School sbb masa tu diaorg panggil balik atau membuat jemputan khas  kumpulan2 lama era 90-an, wakil pada seorg ada setiap kumpulan nie ikut serta dlm rancangan tersebut. masa tulah aku baru kenal kumpulan era 90-an nie & adalah seorg nie buatkan aku tertarik pada seorg jejaka yg kacak, matang, serta merendah diri & dia juga mewakili utk kumpulan Shinhwa. nama beliau ialah Kim Dong Wan yg merupakan seorg penyanyi & pelakon.


kenapa aku ckp aku sukakan dia? sbbnya byk artis2 senior yg lama, dia jelah aku nampak kacak, matang serta rendah diri. dah lah dia kuat senyum je, perghhh mmg mata aku asyik tgk muka dia jelah. hahaha! miang ke aku nie? ya Allah! hahaha! hadoiii suka sgt weh dgn Kim Dong Wan nie. artis2 lama nie ceritalah kisah2 perjalanan diaorg jadi artislah, blablabla. yg membuatkan aku minat pada kumpulan Shinhwa nie juga adalah disebabkan tarian diaorg iaitu 'Eusha Eusha'. Eusha Eusha nie adalah album kedua diaorg pd tahun 1998. masa tu aku baru 6 tahun dan masih comel seperti baby. ahakz! ahakz!


perkataan Shinhwa bermaksud lagenda dlm bahasa Korea. kumpulan mereka terdiri drpd 6 org iaitu Shin Hye Sung, Lee Min Woo, Eric Mun, Andy Lee, Kim Dong Wan, dan Jun Jin.





                                             Shinhwa era 90-an





Shinhwa era 2000 keats --->











Eusha Eusha performance --->


  
                          suka bahagian tarian punggung diaorg



serius, suka sampai GILA dgr lagu dgn tarian diaorg. teringat mcm zaman backstreet boys, westlife, n-sync(kumpulan justin timberlake) dsbgnya. aww! aww! suka bahagian SEPAKAN Hye sung. aww! aww!






tapi byk2 geng Shinhwa nie, hatiku tetap terpikat sikap yg mempersona pd Kim Dong Wan. aww! aww!


                              Kim Dong Wan masa muda belia





walaupun nak berumur(lahir pd 1979), tetap nampak kacaknya juga. nie muka dia yg skrg --->






 baru balik dr berkhidmat tentera ibarat PLKN utk artis Korea selama 2 thn






lelaki apabila umur sudah meningkat, kekacakan diaorg makin terserlah. patutlah Dato' Sti Nurhaliza terpikat dgn Datuk K. aww! aww!


oklah mcm nie kalau kauorg nak tgk ulangan Oh! My School tu, mmg dh tak tygn dh dlm Kbs jd kauorg bolehlah singgah dekat link aku bagi dekat kauorg. sarikatanya mmg dlm bhs Inggeris. Kalau tak faham pun, buat2 faham jelah. cerita korea nie mmg tak dlm bhs Melayu. nasiblah aku fhm bhs Inggeris, jd takde hal lah aku nk tgk cerita2 Korea nie.nie linknya. terus je klik pd link yg aku bg nie ---> Oh! My School in Youtube


saja jelah aku nak kongsi2 cerita aku pasal kumpulan era 90-an nie. tapikan serius aku ckp lagu2 lama adalah lagu sepjg zmn sbbnya lagu2 lama nie walaupun masatu alatan2 canggih tak seberapa tapi rentak lagu, lirik zaman dulu2 mmg GEMPAKlah. vokal suara pun mantap gitu berbanding sekarang hanya berdasarkan rupa sahaja. bukan semua tapi kebanyakkan shj ye. ok disini shj cerita yg ingin aku kongsi bersama kauorg2 yg tercinta & dirahmati Allah. terima kasih kpd yg memfollow blog aku, yg membaca blog aku. sgt2 dihargai sbbnya aku masih baru membuat blog. masih byk lagi kesilapan yg aku buat. hrp diampunkan. terima kasih kerana membaca.

0 Orang Kena Tampar:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...