assalamualaikum. hari aku tak berapa nak sihat sgt sbb asyik selesema je. hmm. ok skrg tajuk blog berkaitan sakit keracunan makanan. sbnrnya aku tak ada kena keracunan pun, makcik aku yg kena. kesihan dia, weh. punca nya makan ayam KFC malam ahd. abg aku yg aku panggil dgn panggilan angah, semalam raikan hari 5 tahun dia berCOUPLE dgn awek dia, jadi diaorg nie raikan di KFC. agaknya makanan KFC tu di simpan dah tak berapa elok agaknya. abg aku dgn awek dia nie sakit perutlah tapi baki2 makanan tu masih ada jadi abg aku nie bawa balik ke rumah. dah sampai rumah tu, abg aku pun letaklah makan KFC atas meja makan. nak kasi aku dgn makcik aku makan tapi masatu abg aku tak adalah nak syak dia sakit perut sebb makanan tu. aku pun masatu dah rasa kenyang makan nasi jadinya aku malaslah nak makan. makcik aku pun sama juga kata taknak makan sebab kenyang. jadi abg aku nie lupa pula nak simpan dekat peti sejuk & aku pun lupa sekali nak letak juga.
nak dijadikan ceritanya, pagi ahad yg tenang, masa utk bersama sekeluarga lebih2 lagi sekarang dah cuti sekolah pula si makcik aku nie pergi makannya ayam KFC yg ada kat atas meja makan semalam. tahu2 je aku sedar dari tidur, pakcik aku iaitu adik kepada makcik aku nie dtg shj2 nak melawat. kata pakcik aku yg makcik aku nie yg aku panggil Along bkn along ceti haram tu, hehehe, kata yg along nie sakit. muntah2 berak2 sekali. aku pun pergilah tgk, dh mcm org nazak je aku tgk along nie. kasihan makcik aku nie. asyik dok pegang perut je kata sakit. aku nak urut dia tak bagi. betul2 kasihan tgk along aku nie. katanya dah tak larat nak bangun. aleh2kan dia tercirit masa dia baring. tak kelakar tau! dah along aku nie tak larat bangun, bkn sengaja pun dia nak terberak. aku rasa masa tu kan aku dah jadi pekerja rumah org2 tua pula, ahakz!
tapi tak kisah, along aku dah sakit. sbg ank sedara tlg jagakanlah. nasiblah aku tak balik rumah makbapa aku hari. kalau tak berpeluh2lah pakcik aku yg aku acik jenuh nak menjaga along. bila dah terberak tu mestilah ada 'bau wangian yg terserlah', jadi tahan jelah. bkn shj2 nak sakit, ye tak? tapi tulah kasihan tgk. masih skrg tak pulih2 lagi. nak suruh makan bubur pun tak larat. mcm dah tak ada tenaga je tgk along.
atok aku pun sakit juga, sakit lelah. suruh pergi klinik tak nak. ank beranak sakit. kasihan diaorg. masing2 sakit. risau pula kalau lepas nie turn aku pula yg kena. tulah abg aku pelik dgn along nie, padahal dia sendiri dah tahu pasal makanan tu. mcm pelik pun ada mcm mana along boleh makan. laparlah tu agaknya. semoga atok aku & along hrp sihat dari kesakitan yg diaorg tanggung sekarang nie. kalau difikir2 balik ada baiknya juga setiap manusia kena penyakit. kenapa pula baik? sebabnya bila kita sakit masatulah kita baru teringin Allah. mengadulah macam2. bila sihat dilupakan, ye tak? bila adanya penyakit, dengan serta merta baru kita merasai cabaran penyakit untuk cepat2 sembuh. yelah kekadang manusia nie menjadi alpa dgn duniawi. jadi utk mengingati Allah, macam2lah cabaran Allah bagi. tujuannya hanyalah satu, mengingati Allah. Allah tidak mahu apa2 gajaran dari manusia melainkan kita sebagai hamba peringatiNya serta mentaatiNya agar kita semua dimasuki syurga, insyallah~
aku berdoa agar along & atok aku cepat sembuh dari penyakit yg diaorg tanggung sekarang nie. baiklah sampai disini shj yg ingin aku kongsi bersama rakan2 blog serta yg sudi megikut perkembangan blog aku yg tak seberapa. aku tahu aku masih baru lagi dlm dunia blog & masih lagi buat banyak kesilapan. dengan rendah dirinya aku berharap yg sdg membaca nie sila beri tunjuk. jasa kauorg memang sgt2 dihargai. terima kasih kerana membaca.
0 Orang Kena Tampar:
Post a Comment