BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

ShoutMix chat widget

Thursday, March 17, 2011

komik Lawak Kampus

assalamualaikum. pertama sekali terima kasih kerana sudi melawat belog aku yg tak seberapa. minta maaf sekali lagi sekiranya belog aku nie membuat kauorg rasa bosan nak membaca ke, ada ayat2 yg kasar ke dsbgnya. aku masih baru lagi dlm dunia belog jadi harap semua kasi tunjuk ajar kepada budak baru seperti aku. jasa anda amat dihargai. 




adakah kauorg peminat atau pembaca komik? setahu akulah selalunya lelaki je ramai yg minat komik nie. permpuan ada juga tapi mcm kuranglah. sajalah aku nak cadangkan dekat kauorg satu komik yg aku minat nie. nama komik tersebut Lawak Kampus. pelik ke aku byk tahu pasal benda2 yg lelaki minat? maaflah geng, aku nie ada adik beradik 3 org je. 2 laki 1 perempuan. maksudnya aku hanya ada 2 orang abang sahaja. tak ada kakak, adik lelaki mahupun perempuan. memang masa kecil pun banyak mainan laki berbanding perempuan tetapi makayah tetap didikan aku menjadi perempuan tulen. bukan pengkid, lesbian, bisex atau yg seangkatan dgnnya. cuma aku rasa untung sebab perkara laki dan perempuan byk aku tahu kiranya sama ratalah. hehehe.




berbalik pada cerita komik tadi, komik Lawak Kampus nie memang best. Lawaknya tak adalah seteruk mana cuma Lawaknya banyak berdasarkan lawak sekolah menengah. oklah tu kan? lagi kenangan sekolah menengah nie memang best tak terkatalah(zaman aku). kalau zaman kauorg tak berapa best,tak usah sedih cuma teruskan kembara hidup kauorg. mungkin satu hari nanti mesti banyak kenangan yg kauorg tak boleh lupakan terutamanya kenangan manislah maksud aku.




lawak kampus nie sebenarnya dah lama dah aku masa aku sekolah menengah lagi(tak sangka aku dah tua skrg) selalu dgr drpd budak2 laki kelas aku, sepupu aku dan termasuklah abg2 aku. mula2 tu mmg tak minat sebab tak baca jalan ceritanya tapi bila dah baca, aku mula tertarik dgn lawak dlm watak2 yg ada dlm komik tersebut. mcm aku ckp tadi lawaknya berdasarkan lawak sekolah menengah. harganya RM7.50 dan boleh dapati mana2 kedai buku. komik Lawak Kampus nie mula terkenal di majalah Gempak pada tahun bila pun aku tak ingat. malas nak ambil tahu janji dapat baca komik sudahlah. ngeh ngeh ngeh.




watak2nya ialah--->


Vanness: Pelajar paling nakal di sekolah.Senang dikenali dengan rambutnya yang keperang-perangan dan bergogal oren.


froggy: Seekor katak hijau yang sangat baik hati,pintar dan kaya walaupun kadangkala bersikap nakal akibat terpengaruh dengan sikap Vanness.Mempunyai kebolehan melihat hantu.


aditas : Kawan baik Vanness dan sering terikut-ikut dengan sikap Vanness.Pengotor dan pandai bermain dalan semua sukan.


xena: Pelajar perempuan yang mempunyai wajah hodoh,yakni berbibir tebal dan lubang hidungnya yang kembang.Gila bayang terhadap Vanness walaupun tidak sebaliknya,malah menjadi gadis pujaan Anthony. Ayahnya merupakan salah satu guru displin di sekolahnya.




watak2pembantu terbaik--->


bepop: seorg pelajar yg dipenuhi jerawat dimuka


si kosong: pelajar yg mendapat terakhir dlm kelas kerana selau mendapat markah 0% dalam peperiksaan


cikgu noodle: seorg cikgu yg berambut panjang dan seorg yg panas baran.


guru besar, ayah si kosong, ami, yumi, anthony, lisa, agira.






gambar2 mereka--->

















yang terbaru jilid sepuluh!!!









pelukis komik Lawak Kampus--->




                                                         keith








semua gambar yg aku muat turun, semuanya atas jasa baik encik Google. terima kasih Google. komik nie ada 2 versi iaitu versi Inggeris & Melayu. pelukis tersebut adalah org cina Malaysia. sudilah luangkan masa membaca komik kepada siapa2 yg mengambil bidang multimedia & grafik. kalau tak ambil 2 bidang tersebut pun, kauorg boleh baca juga utk menghilangkan tekanan2 yg kauorg lalui rutin hidup kauorg. maksud aku disini utk membuatkan kauorg lebih bersantai dan juga menghiburkan hati kauorg. selamat membaca. terima kasih kerana membaca.

0 Orang Kena Tampar:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...