assalamualaikum semua. aku dah mula cuti sem ala seminggu je cuti. bosannya hari. seminggu sebelum cuti dah janji nak jumpa balik member-member sekolah lama. bukanlah nak jumpa satu kelas masa tingkatan 5, cuma beberapa member baik je. jadi nak jumpa tu, aku sendiri pun tak tahulah. hmm nak cerita pasal apa ye.
ok ok, nak luah je ye. manusia kan kalau orang lain dalam kesusahan, kenapa diri sendiri je nak backup? semua buat-buat tak tahu. minta tolong dekat keluarga sendiri pun kata 'pandailah kau nak setelkan sebab benda bodoh yang buat tu kau sendiri'. tu baru minta tolong keluarga, kalau orang lain yang bukan darah daging sendiri hoho alamatnya memang haram seharamnyalah kau nak tolong kan. ok sila jahanam sekarang!
ada lagi nie nak luah, selalunya kalau seseorang tu ramai follower, taknak ke nak membantu memfollow blogger baru macam aku. pendapat akulah, ok mungkin kau belagak sebab kau ramai follower nak pandang blogger-blogger budak hingusan macam aku, apa yang adakan kan kan. lagi satu yang suka bagi mesej dekat shoutbox 'i follow u, follow me back'. sedar tak seakan kau MEMANG tak ikhlas nak follow blog seseorang tu sebab kau nak ramai follower tapi kau tak rasa sedih ke apa-apa pun entri yang kau tulis hanyalah 0 komen. dah tu bila tak ada siapa-siapa nak komen, mulalah taknak blogging dah. jadilah berkulat blog kau. sayang tak rasa macam sia-sia je buat. jadi maksud aku disini follow orang seikhlas hati kita bukan sebab nak kejar follower semata-mata.
yelah kan aku nie siapa nak bagi nasihat pun bukan orang nak dengar, lagi nak memperlekehkan je. yeye aku tahu tu blog kau, kau nak buat apa dengan blog kau, pergilah mampos kau sesorang dengan blog kau. aku apa ada hal dengan blog kau. sebab tegur baik-baik pun tak dengarkan. jadi teruskanlah niatmu itu ye!
aku nie manusia, niat aku nak buat baik dekat orang, tetap terbuat kesalahan samada secara sedar atau tdak sedar. macam blog aku nie hah, bukannya best yang amat pun dan itu aku tersangatlah sedar. bagi yang selalu komen dekat blog, selalunya orang yang sama je. habis tu yang lain-lain tu entahlah cuma follow je, lepastu tak pernah-pernah nak jengok blog aku. bila fikir balik, apa kejadah kau buat blog ye? oh ye aku lupa tu kan blog kau, suka hati kaulah kan nak buat apa. ok teruskanlah niatmu itu.
yang selalu datng tinggalkan link suruh singgah, ye aku memang akan singgah blog kau. disebabkan kau sama-sama blogger macam aku, aku bantu komen dengan blog kau supaya blog kau nampak meriah dan biar kau rasa semangat nak blogging selalu tapi bila dengan aku, kau cumalah tinggal pesanan dekat shoutbox yang buat aku terharu 'terima kasih kerana komen'. weh! weh! blog aku nie macam mana weh? komen-komenlah juga. laaaa kau nie takkanlah aku nak suruh kau tulis komen dekat blog aku secara paksa? fikirlah kitakan sama-sama blogger, kita promotlah sama tapi kau taknak tolong akukan, ok fine! teruskan niatmu itu.
bukan kadang-kadang tapi memang selalu pun aku rajin blogwalking blogger-blogger lain dan tinggalkan komen walaupun ada sesetengah blogger entrinya kurang menarik. tapi bila masa aku berblogging, hmmm malaslah nak cakap. terlebih emo, kauorang pun lagi bertambah marah dekat aku kan.
oh ye! manusia nie kalau dah taksub satu benda tu, tak pedulikan orang lain kan?? ala keluarga sendiri je kot, bai. tapi hakikatnya macam tulah yang aku nak cuba sampaikan.
ada lagi! hehe. barang aku, tapi kau buat macam barang kau kan. aku marah kau, buat muka pula dengan suara macam barang aku, hak kau. apa kena dengan kau hah, lahanat?! aku malas nak cakap baik, jadi dengan marah jelah kuasa yang aku ada. lepastu nak mengungking kau dah tolong bayarkan. heh! helo iblis! kalau kau tak bayar pun kau juga yang rugi. apa bangang sangat otak kau nie, hah? dengan keluarga kau nak berkira pehal?! tapi hakikatnya macam tula hmmmmm.....
manusia nie cuma pandai berkata 'sabar jelah' kalau seseorang tu angin tak berapa nak baik. hoho sabar? hehe aku nie manusia, tahap kesabaran pun ada tahapnya, kalau meletop semua tunding jari dekat aku. oh! ye aku lupa manusia kan memang begitu. hehe aku pun manusialah juga. hehe. oh! aku tak boleh nak tegur ye. hehe pergilah mampos kalau tak boleh kena tegur. biar syaitan je hasut dekat kepala otak kau ye. ok ok nak menang silalah ambil.
oh duniawi dengan penuh berat sebelah akibat perilaku manusia, sekiranya tiba hari kiamat dan Allah ingin membuat kehidupan yang baru macam sebelum nie lepas kemusnahan dinosour, munculnya pula kehidupan baru iaitu manusia, janganlah engkau hidup aku kembali di dunia kerana manusia didunia tiada apa-apa yang indah melainkan syurgaMU ya Allah :')
ok pasal entri aku nie, semua yang aku kaitkan dengan sikap manusia. sekadar luahan sebab bosan dengan sikap manusia nie. terlalu banyak sangat cerewet dalam segala hal kan kan kan. mungkin salah satunya kenapa manusia begitu teruk perangai adalah mungkin faktor pemakanan. kenapa aku cakap macam tu? makanan sekarang banyak sangat tak selamat lagi pula orang islam. kandungan makanan mesti ada terselit mengandungi lemak 'haiwan berwarna pink' tu. ada pula telur tiruan. cara penyembelihan tidak sah.
perasaan yang aku pendam dalam blog nie cuma perkara biasa, selebih tu hanya Allah sahajalah yang tahu.
oklah panjang sangat dah rasanya nie tulis, kalau tak suka cara aku tulis nie, aku cuma nak cakap aku pun manusia macam kauorang juga sentiasa buat kesalahan. ada faham? hehe. terima kasih kerana membaca
8 Orang Kena Tampar:
Bdk Botak singgah sini. He3...
Entry terbaru -> Budak Botak Terpaksa Dedahkan RAHSIA Ni Kepada Cik Anon Semua... (",)
" SABAR JELAAAAHHH...." HAHA aku macam dah bakar line dah lak...HAHA rilek2... ala, pasal blog tu normal r..HAHAHA kadang aku pun muak gak. Tapi bila aku jumpa blog - blog stylo, aku rasa nak menulis gak. Aku teringin hasilkan sesuatu yang menarik tapi tak mampu lagi bai...tu yang kena trus menulis, baru pengalaman dapat mengajar...:D
Err...pasal barang bila orang lain pakai tak beringat, aku pun panas..HEHE
*Tiba2 aku pun emo mengomen + mengomel. MAAF. hahaha
WAHHH, marah sungguh. HAHA
byase laa awak, manusia byk ragamnya
Ini Bukan WuMing tau... Nanti kata muka sama plak.... Agak Emosi ko hari ini... sabar...Sabar... Kita terus saja berkarya... Suatu hari nanti ada lah tu... WuMing dah masuk kontest tu... 1st time tuu... tak pandai lagi...Cool ok?...WuMing bukan saja selalu masuk sini, malah add kat my Blog list... Supaya boleh ikut perkembangan terkini Blog Alin... Best tak.....He..He..He...
Budak Botak : ok ok tQ :D
Simpleblanklife : huhu mantap :P
CikBOBOT : marah nie! marah nie! hehe :D
bukan WuMing? penampar mao? kah! kah! kah! huhu bgs ayt Wuming :D
Post a Comment