assalamualaikum semua. ok hari aku nak cerita psl budak2 sekolah dan cikgu. rata2 hari nie dan zmn sekarang nie byk sgt kita dengar psl benda2 negatif budak sekolah mahupun cikgu. apa punca ye? hanya diri sendiri je yg dapat betulkan keadaan.
oklah, mcm nie sbnrnya aku nak cerita psl makcik aku seorg nie. makcik aku nie bekerja sebagai cikgu di sekolah kerajaan di Kuala Lumpur. dulu makcik aku nie ajar budak2 sekolah menengah lepastu berpindah ajar ke sekolah rendah. katanya dpt twrn kat sekolah rendah sebab dekat nak balik rumah sekali. oklah terpulang pd makcik aku kalau itu buat dia rasa selesa. makcik aku dh lama mengajar kat sekolah menengah berbanding sekolah rendah. ajr sekolah rendah nie dh nk masuk 6thn & tahun nie makcik aku nk bersara dah. almaklumlah umur dh semakin meningkat, tak larat dah katanya.
semasa makcik aku mengajar di sekolah menengah ok jelah. tapi semenjak dia mengajar di sekolah rendah nie, byk pula dia nie asyik membebel pasal murid2 dia. tulah, nielah, blablabla. kdg2 dgr dia cerita kesian pun ada, tension pun ada. mcm2 ada hahaha. dia ceritalah murid dia mls nk buat kerjalah, dhlah kelas BODOH mls pula tu. yg pandai pula, dh elok2 pandai mlslah,mcm2lah. haish aku cuma tak suka bila sebut BODOH nie. selalunya bila cikgu ckp mcmtu nanti termakbul pula murid2 jadi BODOHnya. ah ah tak tahu.
tapi makcik aku taklah ckp kat murid2 dia mcmtu. makcik aku jenis tak sampai hati nak ckp mcmtu. tgk muka bdk2 kecik nmpk semua suci. SUCI?? hak tuih!! hahaha. yela suci kannnnn..dia ceritalah sekarang undang2 cikgu takleh rotan lbh2 lagi budak perempuan lg takleh sentuh langsung. yg budak lelaki pula kalau nak rotan mesti kena berlapik. AMBOI UNTUNGLAH bdk2 sekolah skrg kan. zmn aku dulu semua sakit2 kena rotan dgn cikgu semua aku dh kena & rasai. hasilnya skrg, aku emnjadi seorg manusia. bkn binatang mahupun dajjal. alhamdulillah berkat rotan cikgu jugalah mengajar aku erti hidup sebagai manusia dan berfikiran matang.
tapi bdk2 sekarang kita lihat shjlah dkt berita ke, surat khabar ke, internet ke, tak habis2 mslh melanda di sekolah. cikgu2 pun tak kurang hebatnya juga. sbb2 undang2 tak kasi bdk2 nie kena rotan adlh krn nanti budak2 tu malu, sakit di rotan dsbgnya. bagi akulah ada ke siapa2 yg suka diri sendiri di malukan, nak rasa sakit di rotan? ada? ada? semua org tak nak melainkan kau bengap, tu aku sendiri pun takleh nak tlg dh sbb dh terlampau bengap. ish2 kasarnya bhs aku tp apa boleh buat zmn skrg nie ckp kasar2 baru masuk dlm otak ingt baik2. ckp molek2 elok2 masing buat 'dekkkkkk' je, ye tak? ibubapa pun punyalah melenting bila ank balik rumah ckp cikgu rotan mcm org gila, blablabla. so dgn semangatnya ibubapa nie mengadulah dkt guru bsr yg kononnya ank dia nie kena dera dgn cikgu sampai masuk surat khabar, berita dsbgnya.
ibubapa nie pula taknak check apa sbb cikgu nie yg konon BELASAH ank kau. tak nak ambil port, dtg2 sekolah terus tunding jari. menyalahkan org mmg sedap wehhhh wa ckp sama lu. tgk jelah berita2 yg ada. so disebabkan undang2, ibubapa tak kasi cikgu2 nie denda murid2 makanya bdk2 nie mula menjadi org tidak tahu MALU. so jadilah mcm nie rupa --->
banyak lagi aku nak tunjuk tapi juling pula mata aku tgk gambar2 yg tak berapa elok di tonton umum. yg ats nie jelah ok sikit. dlm gmbr tu yg menjd punca bdk2 jadi teruk. cikgu rotan pun bukan ikut suka kepala otak dia je nak main pukul tapi nak suruh kita supaya menjadi seorg manusia yg boleh membimbing ke arh kebaikan. tapi kalau ada cikgu yg gila tu, kauorg report kpd pihak berkuasa jelah.
aku cerita nie pun bkn nk memihak mana2 pihak pun tp aku nak semua manusia hargai jasa setiap kebaikan yg dilakukan oleh manusia sendiri. yg nak jadi baik, yg nak jd pandai, yg nak dipandang mulai dsbgnya adalah diri kita juga yg nak, ye tak?
so cikgu2 & murid2 bersepakatlah utk memajukan diri & kebaikan diri pada masa hadapan INSYALLAH.
sekali lagi aku ingin memberitahu yg niat aku cuma baik bkn nak porak perandakan antara cikgu & murid cuma sbg manusia & juga hamba ALLAH yg dikasihi, manusia slg memerlukan dlm kehidupan harian utk memajukan diri & juga kebaikan diri kita sendiri supaya kita menjadi manusia yg berguna dunia & akhirat sbb dah byk sgt2 petanda dunia mahu KIAMAT. so jdlah diri kita org yg beriman apabila di akhirat nanti, ISYALLAH~ kalau tetap tak suka juga statement aku nie, terserahlah pada kauorg. kauorglah bertanggungjwb ats nsb kauorg sendiri, sekian. terima kasih krn membaca.
0 Orang Kena Tampar:
Post a Comment