BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

ShoutMix chat widget

Wednesday, May 18, 2011

makcik yang terover

assalamualaikum semua. macam biasalah tuan,puan,abang,kakak,adik,wan(nenek) dan atok sekalian sekali lagi ingin membebel dalam blog aku. nie cuma luahan/bebelan aku terhadap seseorang yang membuat aku cukup sabaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrr jelah dengan perangai dia nie.

aku nak cerita pasal makcik aku nie. nama dia tak perlulah disebut sebab tak baik aibkan orang. macam nie makcik aku nie umur pun dah 50 lebih tapikan dia punya minat tengok cerita korea, mak aii kalahkan aku betul. sebenarnya ada juga rasa menyesal sebab mengajo dia tengok cerita korea bagai nie. adehhh tak sangka pula dia punya setia dekat satu stastion nie sampai aku nak tengok tv rancangan lain macam cerita melayu ke, omputeh ke dan blablabla lagi, tak ada peluang beb nak tengok. bak ayat moden yang orang guna sekarang, 24/7 hanyalah KOREA sahaja!

pergh rasa nak berderau juga darah aku nie mendidih macam air cerek. huhu. nie cuma luahan hati aku yang konon nak sound makcik akulah-->'agak-agaklah weh 24/7 kau nak tengok korea. kau punya pentingkan diri macam nak mintak penampar kau tahu tak! bebulan aku belajar duduk dengan kau payah GILA babenglah aku nak pegang remote. please lah weh aku balik dari kolej penat-penat dengan assignment + projek + kuiz + exam, tensen duh aku bila aku balik tengok cerita KOREA kau je. plus, lagi rasa macam kau nie dah buang tebiat, syoknya kau layan lagu KOREA kan? layan lagu orang muda, sah nak hampir nyanyuk kau nie. huh!

tu baru hari kerja, hari minggu perghh 24/7 + 24/7, tv tu dah jadi dunia kau kan, MAKCIK?! aku rasa aku boleh tahan lagi kesabaran aku bila kau tengok drama korea tapi bila kau dah mula tengok lagu-lagu korea dan astro, kau paham2 jelah dok tayang balik lagu yang diulang memang aku rasa nak je pecahkan remote control tu depan mata kau dan musnahkan sekali dengan tv. barunpadan muka kita sama tak dapat tengok tv fav kesayangan kau.

kang aku tegur, kau tak boleh terima. habis tu hati aku dah sakit apa kau kisahkan, MAKCIK?! serius disebabkan kau, banyak dosa aku tanggung sumpah lahanat dengan kau. aku mengumpat kau dekat abang aku a.k.a mengadu dekat abang dengan mak aku. diaorang nak tegur, memang macam haramlah sebab kau lagi tua daripada diaorang. aku dah rasa jahat sangat aku nie marah-marah kau dalam hati aku nie. pleaselah sebabkan kau makin berat dosa aku nak tanggung tahu tak, MAKCIK?!

lepas nie dalam beberapa bulan je kau nak bersara dari kerja kau, lagilah bertanbah haram aku nak tengok tv. tengok kau senang lenang je kan tengok favourite kau, aku yang dekat belakang kau nie pe kau nak kisah? padahal astro bukan kau bayar,pakcik aku bagi astro kasi semua orang dalam rumah nie tgk sama2. tapi kau buat tv mcm mana? tengok perangai kau mcm nak buang tebiat,sakit hati tau tak! kau nak beli astro, kau sendiri jenis tangkai jering je aku tengok. bkn main berkira dengan anak sedara sendiri. tapi aku diamkan diri je tahu tak, MAKCIK?!

umur aku nie makin lama makin ke alam dewasa. pemkiran aku pun makin lama makin kematangan. buat pula perangai macam nie, buat lemah tenaga aku je geram dekat kau dalam hati aku nie tahu tak, MAKCIK?!'

ok tu jela luahan aku dalam hati. alangkah bestnya dalam straight to the point. tapi memandangkan aku tak mahu mencari gaduh. so MAKCIK nak menang, AMBILLAH!!!

aku seorang peminat korea juga tapi tidak seDAHSYAT mcm si makcik aku nie. apa pendapat kauorang pasal makcik aku nie? terima kasih kerana membaca

nenek sihir bak kata orang Indonesia :D

20 Orang Kena Tampar:

Aimiey Azizan said...

Saba2 bawak btunang yunk..besela org tue..sng2 suh jek pkcik alin beli tv kecik 1 ag,xyah kongsi2..hee=)

Alin said...

sabar boleh sebarang sabar. time dia tidur boleh tengok tv. huhu -,-

WuMing said...

Alin... susah-susah sangat kau beli saja tv baru taroh dalam bilik kau tu...Bukan mahal pun..RM900 dah boleh dapat LCD punya dah... 24" kot kalau tak silap... Lagu kecik lagi murah lah....Tak baik marah kat dia...:)Cool...ok

Budak Botak said...

Kena beli tv satu lagi nie, adeiiiii...

Entry terbaru -> Kerry Campbell Cucuk Anaknya Berumur 8 Tahun Dengan Botox... (",)

Alin said...

WuMing : cadangan memang begitu. huhu :(

Alin said...

Budak Botak : huhu terpaksalah kot. adeh~

fazae said...

sabar lahh :) semua itu dugaan huhu -_-"

Alin said...

fazae : tQ 4 comment. hihi. dg sorok kad astro dh ;p

fazae said...

hahaha :) kejam tp dipaksa dan terpaksa :D heee

Alin said...

fazae : biar sama2 pdn muka tak dpt tgk tv. hihi :D

Daddylicious said...

buat bodoh jer la ,gaduh2 pun bukan best pun...

Alin said...

sy rasa sy ada tulis kalau sy dapat luahkan hati sy nie pd mcik sy. sy xckp bergaduh. huhu.

Mat Som Sadona said...

Apa susah, Court Momet ada, pejam celik, habislah bayar nanti. Tv yg baru tu nanti mesti diSEAL.

Budak Botak said...

Singgah sini, he3...

Alin said...

MAT SOM : tv dekat rumah nie bkn beli dekat court. huhu

Alin said...

Budak Botak : OK

Siti Safiyyah said...

erk nasib ler tak minat korea. meh2 duduk ngn ss meh :p

Haikal Blank said...

tulis surat layang sana. HAHA rilek2...ko kan kacak, kenalah bersabar...:D

Alin said...

Siti Safiyyah : haha ;p

Alin said...

Simpleblanklife : smlm mengelupor semua org cari kad astro gara2 aku buat hilangkan kad astro. HAHA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...