BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »

ShoutMix chat widget

Sunday, July 31, 2011

rindu pada atok yg umumkan puasa :)


pengumuman puasa paling sempoi. Asal vc nie dari sitcom movie Lagi-lagi Senario.
Atok yang selalu umumkan puasa dengan raya tu dah pencen, huhu.
Rindu nak dengar suara atok, sebab dari kecil sampai dah besar panjang tak ada muka lain selain atok yang hebat umumkn.

atok sentiasa di rindui


Kepada muslimin dan muslimat, Alin ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Dan semoga di bulan yang mulia ini, banyakkanlah berkat yang kita dapat dari Allah S.W.T :)

Friday, July 29, 2011

dalam 10 cakap 1 nombor

Assalamualaikum semua. Semalam hari khamis 28/7/2011 kan ada perlawanan bola sepak - Malaysia lwn Singapura. Tahu sangat ramai yang kecewa menonggeng. Tak apalah tak ada rezeki nak menang tapi sekurang-kurangnya pemain-pemain bola sepak Malaysia tak ada nak main taktik-taktik kotor lagi najis.

Kita orang Islam, takkan buat macam tu punya. Allah Maha Berkuasa. Apa-apa hal, buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas pun dengan jahat jugalah kan.

Jadi, rasa tekanan sebab permainan semalam, apa kata kita tengok satu video dekat youtube nie. Kelakarlah juga. Apa-apa pun dengar baik-baik lirik lagu dia, konfem sakit perut gelak. Kah! kah! kah!




Mula-mula kalau dengar lagu nie, DAH, MEMANG SERTA MACAM LAGU TAMIL.
Tapikan dengar betul lirik lagu Melayu rupanya hehe.
Masih lagi terngiang-ngiang dekat telinga.^^



Terima Kasih kerana membaca, melihat video dan juga singgah blog aku :)

Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday (6)


signboard arrow yang gila :)

Sunday, July 24, 2011

Pengajar ialah artis kesayangan kita :)

sumber carian google


Assalaualaikum semua. Pernah tak kauorang berangan-anganlah kan masa kauorang sekolah ataupun masa belajar ipt, kauorang nak sangat artis kesayangan kauorang mengajar kauorang? Maksudkan subjek tu kau tak suka tetiba boleh jadi minat tahap gampang gebang sebab artis kesayangan kauorang tu yang mengajar. Kalau tak pun cikgu/ lecture yang kau tak suka tu, kau rasa selayak mungkin ditukarkan pada artis yang kau tergila-gilakan.

Macam budak laki, yang aku tahu nak Lisa Surihani je kan kan kan? hehe. Aku pun admire si Lisa juga *maaf aku bukan lebian, harap maklum.



Huhu tak kisahlah siapa pun artis yang kauorang minat sekali, tentu kauorang suka sangat-sangat kan. Tetiba je mak ayah kau rasa pelik, ntah bila kau dapat hidayah semangat nak belajar padahal sebab artis kesayangan kau tu yang mengajar, tu tetiba jadi menghajing bersemangat kan kan kan.

kau akan jadi menghajing dalam vc nie, wakakaka, auw~


Oh ye tetiba je kan aku cakap pasal benda sebab, aku tengok dekat youtube nie. Artis antarabangsa punya.
Jelas oh aku dengan budak tadika belajar dengan artis. huhu~

Pembelajarannya sangat mudah dan senang diingati. Jom kita belajar dengan mereka, auw~



my sexiest men alive 2008, Hugh Jackman with little cutie Elmo^^


Dalam majalah People telah diberi gelaran iaitu Sexiest Men Alive pada tahun 2008 iaitu Hugh Jackman dengan movie yang buat dia menjadi terkenal iaitu X-men dengan panggilan Wolverine, auw~

Selain ramai juga artis undangan-->

my hot playboy, Jude Law


rasanya kauorang kenal. Berlakon dalam movie Sherlock Holmes. Sebelum cerita tu, aku dah lama kenal dia. huhu~

always have a great voice, Jason Mraz


Sejak kemunculan Bruno Mars, rindu pada Jason. huhu~


funny man, Jack Black


Pandangan ku dia tetap Nacho Libre, haha! xD


yang lain tu pandai2 kaulah cari. Terima kasih kerana membaca

Menangis

Assalamualaikum semua. Selamat hari Ahad / hari hujung minggu *hari pemalas sedunia. Semalam baru je selesai habis mid-term exam. Semalam buka-buka je sambil baca soalan 'WTF'


Serius macam lahabau  bengong aku nak menjawabnya. Makin banyak menjawab, makin menyampah pula aku nak tengok paper shit sheet exam. Apa punya soalan duh lecture aku bagi semalam? Boleh berak darah pening kepala aku dibuatnya.


Aku nak bagi tahu nie, aku sekarang tengah meluahkan perasaan aku dalam blog. Jadi, bagi sesiapa yang rasa tak nak baca memang tiada paksaan. Taknak layan pun tak apa. Nie cuma aku nak meluahkan sahaja dan minta maaf kalau blog aku buat kauorang rasa bosan :)


Bosannya, Bosan dan tetap bosan. Oh aku bukan bosan pasal exam, yang aku tulis bosan nie sebab pagi tadi aku baru bergaduh dengan seseorang dalam pukul 4 pagi. hehe. Punyalah hebat aku berdebat macam parlimen politik , nak leraikan bergaduhan akhirnya aku ditewaskan dengan tangisan aku.


Pergh sumpah ****** pagi tadi punya pasal. Aku bergaduh dengan siapa? harap maaf aku taknak bagitahu siapa aku bergaduh.


Macam biasalahkan orang kalau bergaduhkan mesti cakap kuat lagi gampang gebang. Benda kecil, marah aku macam *******. Tekanan juga aku orang buat aku macam tu.


Nak suruh aku tutup mulut, cari point benda lain supaya aku senyap. Kata aku pendendam segala bagai. Yes memang aku PENDENDAM, tapi fikirlah siapa yang buat aku jadi macam tu kalau bukan orang sekeliling yang aku sayang?


Tak tahu perasaan aku, melulu je kau kata aku tak boleh terima apa orang kata. Memang aku nie jenis suka MENJAWAB tapi fikir tak kenapa jadi macam tu?? aku menjawab pun kalau dah benda tu bukan salah aku, aku JAWABLAH!!! kalau salah aku, kan aku diam je. Biar je orang nak marah, sebab aku tahu tu salah aku.


Tapi manusia kan, kesalahan aku, kau nampak banyak yang jahat dari yang baik. Dan terima kasih kerana bagi aku menangis sepuas-puasnya walaupun aku dah cuba tahan banyak kali taknak nangis.


Sumpah aku katakan, aku paling benci nak nangis. Sebab aku rasa aku LOSER. Benci betul aku, sifat sensitif perempuan yang ada pada aku.


Memang kuasa Allah, perempuan memang kuat emo dengan cengeng gampangnya gebangnya. Perit tahu tak hati aku bila banyak sangat airmata keluar. adoiyai...


Bila dah cengeng tu, macam-macam benda buruklah aku fikir yang timpa dekat aku nie. Aku fikir semua sekali, dekat kolej dekat rumah. Macam *******lah weh, sakit otak aku!


Yes memang aku marah pun dengan hidup aku nie, benda buruk aku buat, banyak je point orang nak salahkan aku. BENCI!! alasan kata nasihat, aku bukan bodoh tak reti mana nasihat dan yang mana cari kesalahan! adoiyai....


Dan bila aku buka mulut je untuk tahankan emo aku yang tengah panas berderau nie, kata aku macam budak kecil.


Peliklah aku, kenapa kalau sesuatu benda tu kalau bukan salah aku, aku kena mintak maaf?? kalau salah aku pun aku kena mintak maaf, niekan pula bukan salah aku, pun kena mintak maaf juga.


Aku peduli apa kau tua dari aku ke atau aku lagi tua dari kau ke, buat salah mintak maaflah! nie tak kau buat perangai tahi ntah apa-apa kau tu, aku pula yang kena! apahal duh dengan perangai manusia sekarang nie. Macam banyak makan tahi benda ntah apa-apa dari makan nasi, huh!


Lagi satu siapa suruh kau habis duit beli benda tak faedah tu? sebab benda tu kita nak berkelahi. Serius ************lah, cacat!! eeiiii!!!!


Dan terima kasih semalam sebab dah pujuk aku, ok THANK YOU!


Benda-benda merepek yang aku tulis nie, luahan hati aku. Tak berminat nak baca, aku tak kisah. Dalam blog aku nie, tiada paksaan.


Yang sudi baca dan tinggalkan komen, really appreciate you my love ^_~


Just wanna tell u peeps, I'M HUMAN BEING. Nothing all. Always make mistake. Trying be a best woman and human to all peeps in the world, but i realise im not best person enough. Always make peeps mad with me. When peeps mad to me, all i know just be crying, crying, crying. What a moron my life.... sometimes i'll mad my GODLORD why this thing always happen to me. Sometimes i'll thinking that my PROPHET always have WORST PROBLEM in his life but he can think that all the problems is UJIAN ALLAH untuk mendekatkan lagi diri kita pada Allah. And hell yeah totally agree with him. He's always accepted patch, and now he lives happily ever after with his lovly wives in heaven. but me? alway prays and hopes diterima segala amalan yang aku buat dekat dunia nie, diterima Allah dekat akhirat kelak. :')






Aku nak bagi tahu nie, aku sekarang tengah meluahkan perasaan aku dalam blog. Jadi, bagi sesiapa yang rasa tak nak baca memang tiada paksaan. Taknak layan pun tak apa. Nie cuma aku nak meluahkan sahaja dan minta maaf kalau blog aku buat kauorang rasa bosan :)


Terima kasih kerana membaca

Wednesday, July 20, 2011

wordless wednesday (5)




utk pengetahuan adik-adik semua (kasi nampak muda, hehe) gambar diatas ialah gambar Angah aku dan kucing yg sgt comel^^

ce teka ce teka yang mana satu kucing comel ? hehe. Terima kasih kerana membaca.

Wednesday, July 13, 2011

wordless wednesday (4)

Assalamualaikum..







Monday, July 11, 2011

bernyanyi bersama result :)

Assalamualaikum semua. Hari jumaat tu, kolej aku cuti sebab lecture tak bagi semua bebudak kolej keluar. Haha memang ramailah menyirap bebudak nie nak keluar enjoy2 dengan pakwe/awek/member2 dioarang kan. Cuti pasal apa? hek eleh dah terang-teranglah pasal himpunan BERSIH 2.0 tu.

Fikir punya fikirlahkan, bagus juga tak keluar rumah. Teperap je dalam rumah dengan keluarga. Hah bila masa lagi nak lepak2 dengan keluarga tersayang, betul tak?

Ok topik aku nie bukan nak cakap pasal apa yang terjadi, cuma satu je, sebagai orang yang beragama Islam nie sama-samalah kita bersolat dan berdoa agar rakyat Malaysia mendapat keadilan sama rata dan hidup aman damai sepeti dulu, amin^^



Hari ini blog aku nak cerita biasa-biasa jelah. Pasal karaoke online dekat internet. HEhe. Yelah kan pressure dengan kerja banyak atau apa2 jelah yang buat kauorang pressure, sambil2 rasa penat tu  boleh release pressure kauorang tu dengan berkaraoke. boleh tampar di SINI

Sabtu kelmarin baru dapat result final exam untuk sem 3 pendek. Alhamdulillah result ok, tak ada fail. hehe :P







nie pun tengok dekat online website kolej. Hari sabtu mana boleh keluar pasal himpunan BERSIH tu. huhu.

Sedih tak dapat A, dapat B je. huhu. Takpe lah kan. Usaha tanpa putus asa, mesti boleh je. hehe.


Sekarang nie pun masih lagi dalam sem 3 tapi sem panjang pula. Kalau ditengok dalam result aku, masih tak tahu berapa cGPA aku dapat berapa.

psshhh... meh la tengok satu video baik punya nie. nie link aku bagi kauorang tengok puas-puas lepastu pendapat kauorang dalam video tu, terpulanglah. Pendapat masing-masingkan.

tampar SINI

Bosan dengan blog aku, tahu tak pe :P
Terima kasih kerana membaca.

Thursday, July 7, 2011

Lecture's Day

Assalamualaikum semua. harap kauorang semua sihat walafiat. semoga hari-hari yang kauorang lalui dirahmati Allah.^^

Mula hari isnin lagi aku tak berapa nak sihat. demam + batuk + selesema = sakit.
minggu nie juga tak banyak kelas sebab macam-macam aktiviti.

Oh,ye! semalam (Rabu 6/7/2011) ada hari Lecture's day tapi aku nie kalau ada apa-apa event, memang aku malas nak pergi. Sebab malas nak harap benda yang boleh buat aku enjoy event tu.

Malas nak bagi harapan tinggi sangat sebab masa sekolah dulu, kalau hari guru, BAPAK segala atok belah mak punya ipar sedara (padan muka pening dengan ayat aku, hehe) gila terSANGAP lah bosannya.

Oleh itu, dekat blog nie jelah aku ingin ucapkan taniah kepada pensyarah kesayangan pada bebudak kolej lebih-lebih lagi bebudak kos grafik iaitu ENCIK SYAFIQ. hoyeh! hoyeh!

Taniah sebab dapat gelaran most popular lecture dekat kolej. Sebab apa popular sebab dia nie kepala angin macam bebudak kos aku. lagi-lagi nak kalau ada senior, aku rasa dia dah jadi lebih kearah student bkn lecture, huh!

Maksud aku dia nie mmg supporting (maaf kalau salah eja). Well mula-mula tengok muka dia dekat kolej, jujur hati nie mengatakan, 'pergh hensem doh dia nie'. Tapi tu cuma tarikan pertama je. Benda biasa bila orang mudah tertarik pada luaran dulu kan kan kan.

Dah lama-lama tu,puih! malas nak bebel dalam blog nie.^.^

Aku suka bila dia buat lawak, tapi kadang-kadang tu boleh tahan WAKLU dia juga bila cakap lancang. Lancang tu ibarat terus terang yang boleh menyinggung perasaan org,ada faham tak sayang? (blewwk!)

Kalau bab DSLR, dia memang hebatlah. Kelas dia ngajar juga boleh tahan faham dia nak ajar tapi kadang-kadang aku blur juga dia ajar. Adat menjadi student, biasalah...

Tengok dari fiikal dia nampak macam dah 30 umurnya, tapi masih lagi tahap 20-an keats. Patutlah perangai macam budak-budak. Rasa pelik je tengok dia bila macam budak-budak.

Tapi aku tak kisah, perangai dia. Dia happy dengan perangai dia, oklah tu. huhu.^^

Kadang aku rasa macam dia nie suka malukan orang, benci? Adatlah tu ada perasaan.

Aku nie nak bercerita je ye. Niat bukan-bukan tak ada ye^^

nie hah, semangat mengajar tu^^





hahaha lawak gila DP En.Syafiq. POsing plg comel^^






untuk makluman semua, aku tahu fb lecture aku tapi aku tak add pun. malaslah nak add org. oleh kerana itu juga, tak ramai pun students serta lectures dekat kolej aku tahu aku ada blog. Sebab aku low profile, so aku tak suka semak-samun nak kena samak menyibukkan badan(busybody) nak tahu pasal aku. huh!

Kepada En.Syafiq, harap awak(yg nie serius nak kena penendang ip man) janganlah baca blog saya yang tak best yang sedang bercerita tentang En.Syafiq.

hahaha bajet mcm dia syok kat aku pula kan kan kan. (tahu, tak kelakar pun -,-')

Rasa macam dah panjang je aku tulis blog nie. Dan lagi satu wahai blogger yang dirahmati Allah, kawan aku nie sekarang dia dah tahap terSANGAP bosan bekerja part-time dan sekarang ingin meneruskan belajar tahap diploma.

So bagi sesiapa yang duduk betul-betul dekat area Selangor macam SepangNYOL ke, putrajaya ke, petaling jaya ke, subang ke tolong sangat-sangat bagi tahu boleh tak nama tempat belajar tu-kos ditawarkan-dengan alamat sekali.

Lagi ok kalau tempat tu kos dia tak mahal dan mesti ada kos pendidikan awal kanak2 takpun grafik ke.
Dia taknak belajar dekat tempat aku sebab katanya mahal. Bapak kaulah punya mahal yadui!(gaya-gaya ahcai/johan)

Bajet macam keluarga aku kaya, gila apa kaya kalau aku pinjam ptptn yaduiii~
tolong sangat inform yeyeye. Sabtu nie besday dia. Taniah sebab semakin menjadi-jadi ke alam tua. kah! kah! kah!

ok tu jela. Terima kasih kerana membaca. hehe.




Wednesday, July 6, 2011

wordless wednesday (3)

assalamualaikum..^_^



perhatikan betul-betul ye adik-adik^^



khas yg bajet gebang dekat member ada Blackberry TorchLIGHT..hehe..gurau semata-mata. happy wordless wednesday to beloved bloggers. have a nice day^_^

Saturday, July 2, 2011

i love you TRANSFORMERS

assalamualaikum semua. ohoiiiiiii!! hari nie semua mesti ramai jekan tgk movie TRANSFORMERS. ahri khamis tu aku dah pergi tengok dahhhhh (haha gebang je ayt nie). sebab hari khamis haritu takde kelas, so cepat-cepat jelah aku terus gerak nak tgk movie.

haha best tak terkatalah ceritanya. cuma ayt bhs melayu dlm sarikata cerita TRANSFORMERS nie agk kelakar bila nak baca. mcm lahanat je. wakaka.

akhirnya mampus je megatron tu kena belasah dengan optimus. taknak cerita lebih, baik kauorang pergi tengok sendiri. baru ada feel wehhhh..

bukti sah yg sohih(ayt gebang sekali lagi :D ) beli tiket, wakaka





dpt tak minuman nie masa nak tgk movie. kalau takde pergilah klcc. haha kantoi pula pergi klcc. hehe :P







nie bkn mainan, betul punya maa^^


bumblebee sentiasa di hati. ngee~






ok terima kasih kerana membaca :) blog aku dah bosan kan. maaf bebanyak sgt sibuk sekrang nie. nie semua assignment tak nak lepaskan aku. huahuahua :P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...